ELEKTRIFIKASI VOLVO XC60 YANG LEBIH PINTAR
Volvo Car Malaysia memperkenalkan XC60 baharu yang kini lebih pintar menuju masa hadapan dalam elektrifikasi ‘infotainment’ dengan intergrasi teknologi perkhidmatan Google terkini.
Dalam mengorak langkah ke hadapan kea rah elektrifikasi, Volvo Car Malaysia terus meningkatkan lagi teknologi dan inovasi kepada model terbaharu, Volvo XC60. Model baharu ini kini lebih pintar ke hadapan dalam elektrifikasi ‘infotainment’ dengan intergrasi teknologi perkhidmatan Google., selain ciri-ciri keselematan tambahan dan desain luaran yang segar memukau.
Volvo XC60 adalah kemuncak kepada perkongsian antara Volvo Cars dan Google untuk menyediakan sistem maklumat hibur yang pertama seumpamanya, lengkap dengan pelbagai perkhidmatan Google. Model yang dipertingkatkan ini akan menampilkan Pakej Perkhidmatan Digital baharu yang terdiri daripada Google Assistant dengan kawalan suara bersepadu yang membolehkan pengawalan ke atas banyak aplikasi dalam kereta termasuk Google Maps. Lantas, ia membolehkan lebih banyak perkara dapat dilaksanakan tanpa gangguan pemanduan, sekaligus menghindari keperluan untuk melepaskan tangan dari stereng.
Volvo XC60 baharu menampilkan reka bentuk Scandinavia yang kaya dengan penambahan halus pada desain bahagian luar. Ia termasuk gril, bampar hadapan dan warna luaran yang baharu. Untuk Recharge T8 pula, ia bakal muncul dengan reka bentuk roda aloi potongan berlian hitam 19” 6-multispoke hitam dan juga sistem bunyi Bowers dan Wilkins untuk bahagian dalam.
Lebih Pintar Ke Hadapan
Volvo XC60 lebih pintar dalam mempersembahkan pelbagai rangkaian mod pemanduan, disesuaikan dengan pilihan pemandu sendiri. Daripada mod Elektrik Tulen dengan pelepasan paip ekor sifar untuk kesedaran alam sekitar kepada mod Kuasa untuk mereka yang suka memandu, pasti memberikan pemanduan moden ke masa hadapan.
Varian ini turut dilengkapkan enjin berkembar 4 silinder 2.0L dengan transmisi automatik 8-kelajuan dengan Geartronic. Enjin dibantu oleh pengecas super serta pengecas turbo, menghasilkan 407hp dengan tork 640Nm, dengan 87hp dan 240Nm daripada bateri. Volvo XC60 baharu telah menjalani pecutan abad dalam 5.3 saat, serta memiliki kecekapan bahan api 2.2 liter setiap 100km.
Dengan harga bermula RM325,449.00, Volvo XC60 sudah tersedia di semua pengedar sah Volvo di seluruh negara. Tempahan atas talian juga boleh dibuat melalui laman web Volvo Car Malaysia di sini.
Foto: Volvo Car Malaysia
Baca lebih lanjut: DARI STADIUM KE LAYAR PERAK, 5 ATLET YANG KINI BERGELAR BINTANG FILEM HOLLYWOOD
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 KERETA TERMAHAL DI DUNIA PADA 2023
GLAM Lelaki membariskan 5 kereta yang paling mahal yang menjadi idaman peminat supercar di seluruh dunia.
KUASA MASA HADAPAN XC40 RECHARGE PURE ELECTRIC
Volvo Car Malaysia memperkenalkan versi baharu model XC40 Recharge Pure Electric yang dikuasakan elektrik sepenuhnya.
MERCEDES-EQ: PEMACU MOBILITI ELEKTRIK MASA HADAPAN
Mercedes-EQ menjadi pemacu mobiliti elektrik masa hadapan. Dihadirkan dengan tiga model terbaru dari pelbagai segmen.
Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya
Memperkenalkan XC40 Recharge Pure Electric, Volvo Car Malaysia menyasarkan 75% jualan daripada EV menjelang 2025 lantas menyasarkan untuk menjadi syarikat automatif eletrik sepenuhnya menjelang 2030.
BMW X4 – ELEKTRIFIKASI, SPORTY DAN PENUH SOFISTIKASI
BMW Malaysia memperkenalkan generasi terbaharu BMW X4 yang dipasang secara domestik di Malaysia dalam elektrifikasi sporty penuh sofistikasi.
BMW 5 SERIES PENERAJU PERUBAHAN BAHARU
BMW Malaysia membariskan BMW 530e M Sport dan BMW 530i M Sport, dua varian BMW 5 Series baharu yang dipasang secara domestik di Malaysia.