ELEVASI KEMANISAN SYAWAL DENGAN ELEVETE PATISSERIE
Dari seleksi biskut raya kepada aneka kek dan macaron, Elevete Patisserie mahu melengkapkan kemanisan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan pilihan pemanis mulut yang bercita rasa tempatan.
Sudah pasti ramai sudah tidak sabar untuk meraikan kehadiran 1 Syawal nanti. Selepas dua tahun, rakyat Malaysia berpeluang untuk pulang ke kampung halaman untuk merayakan lebaran bersama keluarga tercinta. Sebelum pulang, jangan lupa untuk mendapatkan seleksi biskut, kek dan macaron daripada Elevete Patisserie sebagai pelengkap kepada kemanisan perayaan Hari Raya Aidifitri tahun ini.
Lebaran ini, Elevete Patisserie akan menghembuskan nafas baharu kepada macaron dengan perkenalan ‘Aidilfitri Fatcarons’. Inspirasi diceduk daripada pemanis mulut popular ketika beraya, serta sago gula Melaka, pulut tai tai dan sirap bandung yang memberikan kelainan pada fatcaron ini. Kesemua perisa baharu ini akan ditambah kepada koleksi fatcaron Elevete sedia ada untuk anda nikmati ketika lebaran.
Seperti ketupat yang menjalinkan ikatan Hari Raya Aidilfitri, juadah wajib ketika beraya ini turut menjadi inspirasi kepada ‘Kenangan Manis’. Ia merupakan kek chiffon sponge pandan segar dengan kombinasi krim mentega gula Melaka yang menjadi signature Elevete. ‘Buah Tangan’ pula boleh dijadikan pemberian istimewa buat keluarga mahupun sahabat handai yang menampilkan pilihan biskut raya popular Elevete seperti tat nanas, semperit dengan ceri serta Almond London.
Dalam memberikan kegembiraan seisi keluarga, ‘Meriah Treasure’ pula menampilkan enam perisa kek yang berbeza, yang dipotong kecil untuk mudah dijamah bersama-sama. ‘Roulade Rasa Sayang’ turut sama boleh dikongsi dengan kek gulung sponge pandan segar bersama krim mentega kelapa meringue Swiss dan sirap gula Melaka. Jika mahukan sesuatu yang baharu, ‘Bunga Telang Bar’ adalah kek versi kuih kegemaran cef iaitu Pulut Tai Tai.
Koleksi pemanis mulut Ramadan dan Raya daripada Elevete Patisserie kini boleh ditempah sehingga 4 Jun 2022 secara atas talian melalui laman rasmi mereka. Pra-tempahan untuk koleksi Hari Raya buat dilakukan di sini.
Foto: Elevete Patisserie
Baca lebih lanjut: 7 PENGINAPAN AIRBNB MENAKJUBKAN UNTUK MERAIKAN MUSIM LEBARAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SEMBANG RAYA BERSAMA NADHIR NASAR
Bagi Sembang Raya tahun ini, GLAM Lelaki berpeluang untuk menemu bual pelakon yang makin meningkat naik, Nadhir Nassar. Beliau telah berkongsi tentang makna perayaan Aidilfitri serta menceritakan momen-momen indah semasa Hari Raya.
3 IDEA INSPO RAYA UNTUK DEKORASI RUMAH BAWAH RM100
Mencari idea untuk dekorasi rumah yang cepat dan mesra poket? Ikuti petua mudah ini mendapatkan inspirasi hiasan rumah untuk Hari Raya tahun ini.
8 LAGU RAYA BAHARU PILIHAN GLAM LELAKI
Dari lagu “Alamak Raya Lagi” daripada kumpulan De Fam kepada “Ketipak Ketipung Raya” nyanyia duet Aisha Retno dan Aziz Harun, apakah lagu raya baharu 2024 pilihan anda lebaran ini?
RAIKAN PAGI RAYA 2024 BERSAMA HATTA DOLMAT
Hatta Dolmat mempersembahkan koleksi baju raya bertemakan Pagi Raya untuk meraikan kehadiran Aidilfitri 2024 dengan penuh bergaya.
3 CARA UNTUK HARI RAYA AIDILFITRI ANDA SENTIASA MENJADI KENANGAN TERINDAH
Jangan lupa untuk mencuba 3 idea ringkas ini untuk mengubah detik-detik Hari Raya Aidilfitri anda menjadi kenangan terindah bersama yang tersayang.
TO THE GREATEST HERO IN OUR LIVES
Bersempena kehadiran Hari Bapa tahun ini, Elevete Patisserie mahu meraikan hero dalam hidup anda dengan lima pilihan kek eksklusif yang boleh ditempah sehingga 25 Jun 2022.