Skip to content

FILEM- FILEM TONTONAN WAJIB BULAN SEPTEMBER 2025

Kongsikan artikel ini

September ini menjanjikan pelbagai tayangan baharu yang bakal memikat hati penonton dari pelbagai lapisan umur. Daripada penggemar drama beremosi mendalam hingga pencinta aksi sci-fi futuristik, malah tidak ketinggalan peminat animasi epik. Filem-Filem Tontonan Wajib Bulan September 2025 mempersembahkan deretan judul yang bukan sekadar menghibur, tetapi juga menggugah minda dan emosi. Dari naskhah bersejarah penuh nilai nostalgia hingga filem aksi antarabangsa dengan sinematografi bertaraf dunia, September 2025 seakan menandakan musim terbaik untuk keluar beramai-ramai ke pawagam atau sekadar bersantai di rumah menikmati tayangan eksklusif.

The Conjuring: Last Rites

Sambungan terbaharu siri horror klasik ini kembali membawa penyiasat paranormal Ed & Lorraine Warren dalam misi menentang kegelapan. Tarikh tayangan:  4 September.

 

Magik Rompak

Antara filem tempatan yang paling dinanti bulan ini ialah Magik Rompak, dibintangi gandingan mantap Zul Ariffin dan Sharnaaz Ahmad. Menggabungkan elemen magis dengan dunia perompak moden, filem ini menjanjikan aksi penuh mendebarkan, disulami jalan cerita unik yang segar untuk industri perfileman Malaysia. Karisma Zul Ariffin digandingkan dengan intensiti Sharnaaz Ahmad pastinya menjadi tarikan utama, sekali gus menjadikan Magik Rompaksebuah judul wajib tonton pada 11 September ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GSC Movies (@gscmovies)

Chainsaw Man The Movie: Reze Arc

Dengan reputasi Chainsaw Man sebagai antara francais paling berpengaruh dalam dekad ini. Filem ini bukan sekadar memenuhi dahaga peminat setia, malah berpotensi menarik penonton baharu yang ingin memahami fenomena budaya pop Jepun moden. Ditayangkan di Jepun pada 19 September dan Asia pada 24 September, ia pasti menjadi antara tontonan paling hangat bulan ini.

One Battle After Another

Dibintangi oleh Paul Thomas Anderson, filem ini menampilkan barisan pelakon ternama seperti Leonardo DiCaprio, Sean Penn, dan Benicio del Toro dalam sebuah thriller aksi bergaya. Sarat dengan konflik kuasa, permainan minda, dan babak penuh intensiti. Filem ini menjanjikan naskhah sinematik yang padat emosi serta mendebarkan dari awal hingga akhir.

Jujutsu Kaisen: Hidden Inventory / Premature Death

Bagi peminat anime, bulan September dibuka dengan sebuah naskhah penuh aksi dan emosi daripada francais popular Jujutsu Kaisen. Filem ini mengangkat kisah silam Satoru Gojo dan Suguru Geto. Memperlihatkan bagaimana ikatan persahabatan mereka diuji dengan konflik dalaman, pengkhianatan, dan pertempuran sengit yang menjadi titik tolak kepada naratif utama siri ini. Dengan animasi berkualiti tinggi serta adegan pertarungan yang memukau, tayangan ini pasti menjadi tarikan utama di pawagam awal bulan September.

Artikel Berkaitan: NAK SEAT TENGAH! INI FILEM PALING ‘HOT’ BULAN OGOS!

 

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KLEPET BAWAKAN BARISAN PELAKON LELAKI HEBAT DALAM SATU FILEM

KLEPET BAWAKAN BARISAN PELAKON LELAKI HEBAT DALAM SATU FILEM

Bacaan Lanjut
rambut selebriti lelaki

6 HAIR STYLISTS YANG PAKAR GAYA RAMBUT LELAKI

Bacaan Lanjut
hun haqeem pelakon wanita

LIMA PELAKON WANITA YANG PERNAH BERLAKON DENGAN HUN HAQEEM

Bacaan Lanjut
6 WATAK LELAKI HANGAT DALAM DRAMA SEPERTI THARIQ RIDZUWAN

6 WATAK LELAKI TERHANGAT DALAM DRAMA, SEHEBAT THARIQ RIDZUWAN

Bacaan Lanjut
PANDUAN GAYA BUAT LELAKI ALFA DAN TINGGI BAK NADHIR NASAR DAN BRIGHT VACHIRAWIT

PANDUAN GAYA BUAT LELAKI ALFA DAN TINGGI BAK NADHIR NASAR DAN BRIGHT VACHIRAWIT

Bacaan Lanjut
PELAKON GEN Z WAJAH BARU PENUH AURA TERSENDIRI.

ZARIF GHAZZI, MEERQEEN & WAJAH BARU LEBIH SENSASI

Bacaan Lanjut