GEORGE MICHAEL MENINGGAL DUNIA
Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin
Legenda seni, George Michael yang terkenal pada era 1980-an dengan kumpulan pop, Wham! sebelum bergerak sebagai artis solo meninggal dunia pada hari Ahad (waktu antarabangsa) di rumahnya di England. Beliau berusia 53 tahun. Lebih memilukan beliau menghembuskan nafas terakhir ketika semua sedang sibuk meraikan sambutan Hari Krismas.

George Michael
Menurut laporan BBC, George meninggal dunia dalam keadaan tenang di rumahnya dan pihak ambulans dihubungi untuk terus ke kediamannya yang terletak di Oxfordshire. Berdasarkan laporan THR, dikhabarkan George Michael meninggal dunia atas kegagalan jantung pada hari Krismas dan semua keluarganya meminta untuk menghormati privasi mereka bagi melalui detik sukar ini.
Trivia mengenai George Michael:
1- George Michael dilahikan di London pada tahun 1963 dan nama penuhnya adalah Georgios Kyriacos Panayiotou (ayahnya berketurunan Greek Cypriot.)
2- Beliau menubuhkan kumpulan duo Wham! bersama rakan sekolahnya, Andrew Ridgeley dan tampil dengan album sulung, Fantastic pada 1983.

3- Mereka mula popular di Amerika Syarikat (AS) menerusi album kedua, Make It Big setahun selepas itu dengan lagu seperti Careless Whisper, Wake Me Up Before You Go-Go dan Freedom.
4- Pada 1987, George meninggalkan Wham! dan tampil dengan album solo berjudul Faith. Ia yang terjual lebih 20 juta unit di seluruh dunia turut memenangi Album Terbaik dalam Grammy Awards.
5- Sebelum ini George Michael pernah terlibat dengan kontroversi akibat pengambilan dadah dan kecenderungan seksualnya yang dikatakan songsang. Beliau juga pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat pneumonia.
6- Sehingga di hari kematiannya, George tidak pernah berkahwin.
Takziah dari Glam Lelaki ucapkan kepada keluarga serta peminat-peminat George Michael. Rest in peace, George!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA
Nazifi Nasri tampil dengan gaya minimalis dan moden, bahawa identiti serta bakat tempatan mampu mencipta statement dalam dunia fesyen.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.











