Skip to content

GL PLAYLIST: KOLEKSI LAGU RAYA TERBARU TAHUN 2026 DARI ROCKETFUEL ENTERTAIMENT

Kongsikan artikel ini

Musim perayaan Aidilfitri 2026 bakal lebih meriah dengan kemunculan tujuh buah lagu raya terbaru daripada barisan penggiat muzik tempatan. Masing-masing membawa warna dan cerita yang berbeza dalam meraikan Syawal. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pelancaran khas oleh Rocketfuel Entertainment yang mengumpulkan karya dengar-main yang segar dan penuh emosi.

Berikut antara lagu raya 2026 yang menjadi pilihan penulis GLAM Lelaki daripada pelancaran khas oleh Rocketfuel Entertainment

#1 Rindu Raya – ALPHA

Menyentuh naluri kerinduan terhadap keluarga dan kampung halaman, lagu ini memberi dimensi yang lebih puitis kepada makna perayaan. “Rindu Raya” bukan sekadar lagu tentang pulang ke desa, tetapi refleksi tentang waktu yang berjalan terlalu pantas, tentang ibu yang semakin menua dan halaman rumah yang semakin jarang dijejaki. Dengan rentak pop sederhana yang disulam elemen melankolik, ALPHA membina suasana yang intim. Seolah-olah membawa pendengar menyusuri lebuh raya panjang menuju kampung halaman, ditemani cahaya senja dan ingatan lama yang kembali menyapa. Ia mewakili detik sabar menanti saat takbir bergema, saat tangan bersalaman, dan saat rindu yang lama dipendam akhirnya terubat.

#2 Kampung Kita – Wani Kayrie

Wani Kayrie kembali memeriahkan Syawal 2026 dengan “Kampung Kita”.  Sebuah lagu rancak dan youthful yang meraikan memori kolektif Aidilfitri. Daripada gelak tawa sepupu-sepapat hingga suasana meriah di dapur menjelang pagi raya. Dikenali sebagai Syazwani Abdullah, Wani memulakan karier selepas menjuarai rancangan realiti Kamilah Bintang di Astro Ceria pada 2010 sebelum meraih kejayaan komersial menerusi single “Jangan Jangan” pada 2015. Dalam naskhah terbaharunya ini, Wani tampil lebih matang namun tetap mengekalkan aura ceria yang menjadi identitinya. Menjadikan “Kampung Kita” antara lagu wajib putar sepanjang perjalanan pulang ke desa.

#3 Raya Macam Raya – Hael Husaini & ALPHA

“Raya Macam Raya” tampil sebagai antara lagu paling rancak untuk Syawal 2026. Menggabungkan karisma vokal Hael Husaini bersama persembahan bertenaga kumpulan ALPHA. Dilancarkan oleh Rocketfuel Entertainment khas untuk musim perayaan tahun ini. Lagu ini membawa nuansa ceria dan meriah yang meraikan keterujaan menyambut Aidilfitri . Dalam erti kata lain lengkap dengan persiapan, busana baharu dan momen kebersamaan keluarga. Kolaborasi ini bukan sahaja mempertemukan dua generasi aura pop yang berbeza, tetapi juga mencipta dinamik bertenaga antara vokal berpengalaman Hael dan gaya ‘youthful’ ALPHA.

#4 Duit Raya – Sharul Kamal & Mierul Aiman

“Duit Raya” hadir sebagai antara tujuh lagu raya yang dilancarkan oleh Rocketfuel Entertainment bagi menyambut Syawal 2026. Mengangkat tradisi pemberian duit raya sebagai teras naratifnya. Dengan pendekatan santai dan menghiburkan, lagu ini merakam keterujaan kanak-kanak menanti sampul berwarna-warni, juga gurauan orang dewasa setiap kali bersalaman di pagi raya. Namun di sebalik nada ceria dan catchy, terselit mesej yang lebih dekat dengan realiti, bahawa nilai sebenar Aidilfitri bukan terletak pada jumlah yang diberi, tetapi pada keikhlasan, dan momen kebersamaan yang menghidupkan suasana perayaan.

#5  Senyum Gugur Di Hujung Doa – Dayang Nurfaizah

Balada raya melankolik ini memperlihatkan sisi paling emosional dalam koleksi Syawal 2026 apabila Dayang Nurfaizah menyampaikan “Senyum Gugur Di Hujung Doa”. Dicipta oleh Hael Husaini bersama Iqie Hugh. Lagu ini mengangkat tema kerinduan mendalam terhadap insan tersayang yang telah pergi. Satu realiti yang sering hadir diam-diam setiap kali takbir bergema. Dilancarkan pada Mac 2026 sebagai sebahagian daripada projek khas Aidilfitri oleh Rocketfuel Entertainment. Naskhah ini bukan sekadar lagu raya biasa, tetapi sebuah refleksi tentang kehilangan, doa dan memori yang kekal hidup dalam hati. Dengan vokal Dayang yang lunak dan penuh nuansa, “Senyum Gugur Di Hujung Doa” menjadi lagu untuk mereka yang menyambut Syawal dengan senyum yang terukir meski ada air mata yang gugur di hujung doa.

@dayangsayangkamu2007 Senyum Gugur di Penghujung Doa. #comingsoon #raya2026 ♬ Senyum Gugur di Penghujung Doa – DayangNurfaizah

#6 Restu Raya – Nadeera

Bakal dilancarkan pada 6 Mac sempena kemeriahan Syawal 2026. “Restu Raya” memperlihatkan sisi Nadeera yang lebih hangat dan dekat dengan jiwa pendengar. Dengan susunan melodi yang ‘engaging’ serta mudah diikuti, lagu ini dibina atas naratif yang cukup relatable. Restu Raya berkisahkan tentang makna restu, kemaafan dan kebersamaan yang menjadi teras Aidilfitri. Nadeera sendiri menyatakan hasratnya agar lagu ini dapat dinyanyikan bersama tanpa mengira usia. Kerana baginya raya adalah tentang menyatukan hati dan mengeratkan silaturahim. Pendekatan tersebut menjadikan “Restu Raya” bukan sekadar lagu bermusim, tetapi sebuah naskhah yang berpotensi menjadi anthem kebersamaan apabila takbir bergema.

#7  Lagu Raya Untukmu – Hael Husaini (solo)

Sebagai penghargaan istimewa untuk peminat setianya, Hael Husaini melancarkan single solo terbarunya, “Lagu Raya Untukmu”, pada 20 Februari 2026. Lagu ini menyentuh perasaan dan membawa mesej terima kasih kepada semua yang telah menyokong kerjayanya selama ini. Menariknya, karya ini dihasilkan sepenuhnya oleh Hael sendiri bersama Iqie Hugh. Menjadikan setiap lirik dan melodi terasa lebih peribadi dan tulus. Dengan irama yang hangat serta lirik yang mesra, Hael mengajak pendengar merasai keindahan suasana Hari Raya penuh kegembiraan, nostalgia, dan kasih sayang. Seolah-olah setiap baitnya ditujukan terus kepada mereka yang menghargai perjalanan muziknya.

Setiap lagu dalam koleksi ini mencerminkan spectrum emosi dan pengalaman yang berbeza ketika musim raya. Dari keriangan, kerinduan kampung, hingga refleksi diri. Ini menunjukkan bahawa muzik raya 2026 bukan sekadar lagu latar, tetapi medium naratif yang menyatukan komuniti sejagat.

Artikel Berkaitan: GL RAYA 2026: JANGKAAN WARNA BAJU RAYA GL TEAM TAHUN INI

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

duta raya 2026

9 DUTA JENAMA KOLEKSI BAJU RAYA 2026, FATTAH AMIN, ZARIF GHAZZI & SIAPA LAGI?

Bacaan Lanjut
3 KONSERT YANG DIADAKAN DI STADIUM MERDEKA PADA JANUARI 2026

3 KONSERT YANG DIADAKAN DI STADIUM MERDEKA PADA JANUARI 2026

Bacaan Lanjut

BARISAN DUTA JENAMA BAJU RAYA BULAN BINTANG 2026

Bacaan Lanjut
sepi cal g

QAL-G, “LAGU ‘SEPI’ MENANDAKAN LANGKAH RASMI PERTAMA SAYA DALAM INDUSTRI MUZIK.”

Bacaan Lanjut

5 PERSONALITI LELAKI TAMPIL STYLISH DALAM REKAAN RIZMAN RUZAINI

Bacaan Lanjut
GL25: TAHUN PENUH PENGARUH, GAYA & EVOLUSI BUAT GLAM LELAKI

GL25: TAHUN PENUH PENGARUH, GAYA & EVOLUSI BUAT GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut