Skip to content

IT'S NOT A CAR, IT'S A VOLKSWAGEN 01

IT’S NOT A CAR, IT’S A VOLKSWAGEN

Kongsikan artikel ini
1 of 3

Deruan energi Joyful Future dibawakan oleh Volkswagen Malaysia. Malam acara tahunan Alphamen Edisi 2022, ini turut meraikan ulang tahun ke-15 bersama Volkswagen sebagai penaja rasmi automotif malam itu.

Tanggal 19 Oktober, mengambil lokasi di Beta KL, Cormar Suites, GLAM Lelaki mempersembahkan acara tahunan Alphamen yang dibawakn oleh penaja rasmi automotifnya, Volkswagen Malaysia. Sehubungan itu, pada malam yang sama GLAM Lelaki turut meraikan ulang tahunnya yang ke-15 lantas membariskan 15 personaliti dari pelbagai latar belakang di dalam meraikan acara tahun ini.

Daripada pemain bola sepak negara, beralih kepada aktor, penyanyi, pengarah filem, fitness guru serta pereka fesyen terkenal negara! Namun, buat julung kalinya GLAM Lelaki menjulang persona seorang wanita dalam meraikan gelaran bintang Alphamen buat Edisi 2022 ini, yakni Aina Abdul. Demikian, Aina Abdul, Eddy Syamin serta Hael Husaini berpeluang meluangkan masa untuk merasai pengalaman memandu uji tiga jenis kereta yang berlainan. Setiap satunya mengimbangi nada karakter yang beragam bersama kereta pilihan mereka.

Golf GTI, Raja Hatchback Kembali!

IT'S NOT A CAR, IT'S A VOLKSWAGEN 02

Dia sekuntum bunga yang dikelilingi 14 kumbang. Buat julung kalinya GLAM Lelaki membariskan figura seorang wanita melengkapi para pria Alphamen-nya. Aina Abdul, dijulang sebagai Woman of the Year lantas mengimbangi pesona raja hatchback, Golf GTI selayaknya. Golf GTI menawarkan keseronokan pemanduan bernada sporty sejak ia dilancarkan dalam acara Frankfurt Motor Show pada tahun 1975. Jentera ini terus mendefinisikan bagaimana sebuah kenderaan sport kompak sebaiknya untuk diciptakan.

IT'S NOT A CAR, IT'S A VOLKSWAGEN 05Kini, GTI serba baharu kembali menawarkan prestasi lebih berkuasa yang membawakan pengalaman pemanduan ke satu tahap baharu lantas menjadikannya sebagai kereta sport harian yang diidamkan ramai. Dengan harga bermula RM225,990.00, ia dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI yang dipadankan dengan transmisi klac basah DSG 7- kelajuan berkuasa 245PS dan tork 370Nm. Sekali gus, menjanjikan pengalaman pemanduan yang mengujakan buat setiap pemiliknya.

1 of 3

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RIMOWA ORIGINAL BAG SEBAGAI PENEMAN SETIA GAYA HAEL HUSAINI

Bacaan Lanjut
Rutin Penjagaan Kulit

4 RUTIN PENJAGAAN KULIT YANG MAMPU MENGUBAH PENAMPILAN ANDA

Bacaan Lanjut
hael husaini

GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA HAEL HUSAINI

Bacaan Lanjut
THE SEPTEMBER BOYS IS HERE! HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL #NEWERA

#NEWERA, HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL

Bacaan Lanjut
Hael Husaini

TOP 10 LAGU HITS HAEL HUSAINI MENUSUK JIWA

Bacaan Lanjut
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

Bacaan Lanjut