KHAIRY JAMALUDDIN BAKAL JADI ATLET SUKAN SEA 2017
Apa benar Khairy Jamaluddin bakal menjadi salah seorang atlet yang akan bersaing pada sukan SEA 2017 yang akan datang? Habis itu, bagaimana pula dengan kariernya sebagai ahli politik. Umum mengetahui Khairy Jamaluddin atau mesra disapa KJ amat aktif dalam bersukan, dan ini terserlah dalam rutin hariannya. Dan khabarnya, KJ yang juga menteri Belia dan Sukan Malaysia itu sendiri akan turun padang dan bertanding sebagai salah seorang atlet negara.

Berdasarkan laporan Cosmo, berita ini bukan baru dan telah disahkan sendiri oleh Presiden Kelab Polo Putra, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sejak Oktober tahun lalu. Tetapi ramai yang belum sedar penyertaan KJ yang bakal menjadi antara 12 atlet untuk acara polo berpasukan Malaysia. Majlis Olimpik Malaysia (MOM) juga sudah mengesahkan beliau antara 871 atlet yang bakal mewakili Malaysia untuk acara polo berpasukan. Ini sekaligus mencatat sejarah sebagai menteri Kabinet pertama menyertai temasya sukan.

Yang pasti, penyertaan KJ bukanlah atas kuasa vetonya sebagai Menteri Belia dan Sukan, tetapi beliau layak secara merit yang dipilih oleh Persatuan Polo Diraja Malaysia sendiri. Dalam pada itu, pasukan Polo Malaysia antara acara yang menjadi taruhan dan dijangka bakal membawa pulang pingat emas.
https://www.instagram.com/p/BLln0-Lg5ZU/
https://www.instagram.com/p/BRak8jTDeMq/?taken-by=khairykj
Dan seperti atlet-atlet lain yang ingin bertanding, Khairy juga turut menjalani ujian doping seperti yang wajib dilakukan kepada atlet lain. KJ dan kesemua 400 atlet Malaysia disahkan lulus ujian doping yang dijalankan oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS). Untuk KJ dan kesemua atlet negara yang bersaing, semoga berjaya!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.











