METAVERSE MEMBENTUK DUNIA HIBURAN TANPA SEMPADAN
Metaverse membentuk dunia hiburan melalui konsert, permainan video dan juga filem.
Sekitar Oktober 2021, Facebook menjenamakan semula dirinya sebagai Meta dengan menggunakan konsep yang masih pada tahap idea yang sedang berkembang dalam teknologi — Metaverse. Tidak sampai setahun kemudian, kita dapat saksikan bagaimana idea Metaverse membentuk semula dunia, terutamanya dalam industri hiburan.
Tetapi, sebelum kita melihat bagaimana dan mengapa Metaverse dianggap masa depan bagi industri media dan hiburan, kita perlu memahami di mana Metaverse, hari ini.
Teknologi Metaverse kini menjadi sebahagian besar perbincangan di Internet dan media arus perdana. Beberapa syarikat gergasi telah menunjukkan kehadiran mereka ke dalam Metaverse. Ini termasuk gergasi fesyen seperti Gucci, Louis Vuitton dan Dolce & Gabbana, jenama kasut terkenal Nike dan Adidas, pengeluar minuman ringan Coca-Cola dan pengeluar kereta Korea Selatan Hyundai.
Walau bagaimanapun, Metaverse masih suatu konsep yang tidak jelas. Sebahagian besarnya dilihat sebagai gambaran pada masa depan tentang bagaimana seseorang individu berinteraksi dengan persekitarandan bagaimana Internet akan lebih maju dalam beberapa tahun mendatang.
Namun, beberapa syarikat media dan teknologi seperti Meta, Microsoft, Google dan Apple sedang mencorakkan Metaverse dengan memperkenalkan produk atau ciri baharu kepada produk dan perkhidmatan sedia ada.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 KOLEKSI H&M INNOVATION STORY PILIHAN GLAM LELAKI
Koleksi H&M Innovation Metaverse Design Story boleh mula didapati bermula 8 Disember 2022 di hm.com.
NILAI KEKAYAAN MARK ZUCKERBERG MEROSOT AKIBAT GANGGUAN TEKNIKAL MEDIA SOSIAL
Masalah teknikal yang mengganggu akses kepada beberapa media sosial selama enam jam mengakibatkan kerugian berpuluh bilion ringgit buat Mark Zuckerberg.
Elon Musk Kini Manusia Terkaya Di Dunia
CEO Tesla Inc. dan pengasas SpaceX, Elon Musk kini bernilai US$194.8 billion, iaitu US$9.5 billion lebih daripada pemilik Amazon Inc, Jeff Bezos.
ADAKAH FACEBOOK BAKAL DITUTUP?
Thailand memberi amaran kepada Facebook agar memadamkan semua kandungan sensitif yang berkaitan dengan keluarga diraja negara itu sehingga selasa depan.
‘JARVIS’ versi Mark Zuckerberg
Jarvis, ciptaan peribadi (A.I Artificial Intelligence) hasil inovasi dan kreativiti Mark, bukti tiada apa yang mustahil.