Pesta Nasi Lemak kembali!
Who can resist nasi lemak??
Tahun ini, ‘konvensyen’ nasi lemak terbesar di dunia kembali lagi! Seramai 40 penjual nasi lemak dari serata Lembah Klang, Ipoh, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor akan bertandang ke Kuala Lumpur untuk pesta makan I EAT NASI LEMAK 2016.

Berlangsung Sabtu ini, 5 November, acara anjuran FriedChillies ini menjemput seluruh warga Malaysia untuk turun ke TM Convention Centre, Bangsar bermula 9:00 pagi untuk menikmati segala macam hidangan nasi lemak.
Misalnya, Nasi Lemak Habib dari Batu Pahat dengan smokey sambal istimewa digandingkan dengan sup tauhu.
Nasi Lemak Nayan dengan nikmat sambal ikan keli goreng sebagai pengganti ikan bilis.
Nasi Lemak Pak Ya yang kembali tahun ini berbekalkan 20 tahun pengalaman sebagai pakar nasi lemak, menawarkan ayam goreng rempah dan puyuh goreng sebagai lauk tambahan.
Atau nasi lemak dari Ujong Pasir, Melaka yang dihidangkan dengan udang kunyit dan ayam sambal hijau.
Jangan lupa Nasi Lemak Cik Chom yang menggunakan dua jenis beras – beras Siam dan beras wangi yang disemai dengan pandan – dan dihidangkan dengan sotong King dan siakap goreng yang garing, dengan hirisan epal menggantikan timun… we can go on!

Dan suatu kelainan berbanding tahun lalu, setiap penjual akan menyediakan nasi lemak mereka dalam porsi yang cukup sesuai untuk ‘tasting’, untuk membenarkan anda mencuba sebanyak boleh nasi lemak yang disediakan. Sperti dulu, transaksi jualan nasi lemak akan dilakukan melalui kupon, dan anda boleh membeli buku kupon di tapak pesta.
3 Perkara Perlu Tahu untuk I EAT NASI LEMAK 2016
1. Pembelian kupon
Segala makanan dan minuman dijual menggunakan transaksi kupon. Kupon boleh dibeli di lokasi acara.
Satu booklet berharga RM10, yang mengandungi 5 kupon bernilai RM2 setiap satu.
2. 40 aneka nasi lemak untuk dicuba!
Kenali kesemua 40 penjual yang mengambil bahagian di link ini. Senarai ini merangkumi 30 usahawan nasi lemak dari Pelabuhan Klang dan 10 yang dijemput dari Ipoh, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
Setiap vendor akan mengikuti jadual jualan masing-masing. Layari link ini untuk mengetahui jadual vendor-vendor nasi lemak pilihan anda.
3. Tempat & masa
Berlangsung esok, Sabtu, 5 November, sebagaimana tahun lalu, I Eat Nasi Lemak 2016 akan diadakan di TM Convention Centre, Menara Telekom Malaysia, Jalan Pantai Baharu, KL, bermula jam 9:00 pagi hingga 5 petang.
The best part? Parking adalah percuma di TMCC Parking. Anda juga boleh menggunakan LRT Putra laluan Kelana Jaya dan berhenti di Stesen Kerinchi, yang terletak cuma 3 minit berjalan kaki ke tapak acara.
Layari pautan ini untuk rujukan checklist anda untuk pesta makan ini. Ayuh, sama-sama kita raikan kegemilangan, kelazatan dan keistimewaan makanan kebangsaan ini di #IEatNasiLemak 2016!
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.










