Skip to content

RUANG RAYA M SOCIAL: DESTINASI HUJUNG MINGGU PALING NOSTALGIK DI PULAU PINANG MUSIM INI

Kongsikan artikel ini

Musim Raya bukan sekadar tentang membeli baju baharu ia tentang pengalaman menyambut Hari Raya bersama insan tersayang. Di Pulau Pinang, Ruang Raya M Social hadir sebagai ruang hujung minggu yang lebih santai dan curated. Menghimpunkan vendor fesyen, aksesori dan juadah perayaan dalam suasana resort yang estetik dan mesra komuniti.

Ruang Raya M Social

Pulau Pinang bakal menyambut satu lagi destinasi Raya yang wajar diberi perhatian apabila M Social Resort Penang menganjurkan Ruang Raya M Social, sebuah pasar hujung minggu yang berlangsung pada 7 hingga 8 Mac 2026, dari jam 3 petang hingga 11 malam. Dianjurkan dengan kolaborasi kolektif kreatif Lunasinar, acara dua hari ini mengangkat elemen budaya, warisan dan komuniti dalam suasana yang lebih intim dan santai.

Pengunjung boleh menjangkakan barisan vendor terpilih merangkumi fesyen, aksesori dan juadah perayaan. Disertai pula persembahan budaya seperti demonstrasi Silat pada hari pertama dan Tarian Melayu pada hari kedua. Turut memeriahkan acara ialah sesi Live Raya Sing Along yang membawakan lagu-lagu klasik Aidilfitri. Selain itu, terdapat juga bengkel interaktif kertas quilling dan pembuatan kad Raya yang sesuai untuk seisi keluarga. Ruang hotel juga dihias dengan instalasi bertemakan Hari Raya untuk peluang bergambar instagrammable.

Bersempena bulan Ramadan, pihak hotel juga akan mengagihkan Bubur Lambuk setiap hari pada jam 5.30 petang di pintu masuk lobi. Tetamu yang ingin berbuka puasa pula boleh menikmati Kembara Wira & Manja Ramadhan Buffet. Bufet ramadan ini menampilkan sajian Malaysia termasuk Kambing Panggang, Rendang Daging dan Satay, bersama pilihan kuih-muih tradisional lain beserta pencuci mulut.

Artikel Berkaitan: POP-UP RAYA SEKITAR KUALA LUMPUR YANG PERLU ANDA BOOKMARK SEKARANG

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

POTONGAN RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL SEGAK

Bacaan Lanjut

TIPS GROOMING AIDILFITRI, JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR!

Bacaan Lanjut

ETIKA PEMAKAIAN DI HARI RAYA: BAJU MELAYU ATAU KURTA

Bacaan Lanjut
raya Nadhir Nasar

SEMBANG RAYA BERSAMA NADHIR NASAR

Bacaan Lanjut
dekorasi raya

3 IDEA INSPO RAYA UNTUK DEKORASI RUMAH BAWAH RM100

Bacaan Lanjut
lagu raya 2024

8 LAGU RAYA BAHARU PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut