SELEBRITI MALAYSIA YANG MENYERTAI HYROX OSAKA 2026
Baru-baru ini, HYROX Osaka 2026 kembali mencuri perhatian sebagai salah satu acara kecergasan paling mencabar di Asia. Bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental peserta melalui lari sejauh 8 km dan lapan stesen latihan fungsional. Acara ini juga menarik beberapa selebriti Malaysia untuk mencuba kemampuan diri mereka di pentas antarabangsa. Dari keazaman individu hingga semangat berpasukan. Berikut adalah wajah-wajah selebriti Malaysia yang mencuri tumpuan di HYROX Osaka 2026.
Hakiminoordin & Ikmal Amry
Walaupun menghadapi kecederaan badan, Hakiminoordin tetap menyelesaikan cabaran HYROX Osaka 2026, berkongsi pengalaman personalnya di Instagram dan menekankan bahawa perlumbaan bukan sekadar tentang menang, tetapi juga tentang menguji diri sendiri dan merasai pengalaman unik di luar zon selesa. Sementara itu, beberapa perkongsian di platform media sosial menunjukkan Ikmal Amry juga turut berada di Osaka untuk menyertai acara tersebut. Menambah kredibiliti komuniti Malaysia dan memberi inspirasi kepada penggemar kecergasan tempatan.
Safwan Ismail & Abdul Hadi Hamid.
Safwan Ismail tidak ketinggalan menyertai HYROX Osaka 2026 dalam kategori Men Double bersama Abdul Hadi Hamid. Sepanjang perlumbaan, semangat tinggi kedua-duanya jelas terserlah dari larian pertama hingga ke stesen latihan terakhir. Mereka saling menyokong dan mengekalkan momentum masing-masing. Safwan berkongsi rakaman perlumbaan di media sosial, memberi inspirasi kepada peminat dan komuniti kecergasan tempatan bahawa atlet Malaysia juga mampu bersaing di arena antarabangsa.
Dr Say Shazril & Dr Azura Abas
Dr. Shazril Shaharuddin (Dr. Say), personaliti media sosial dan doktor, menyertai kategori Mixed Doubles bersama isterinya di HYROX Osaka 2026. Dalam perkongsiannya di Instagram, Dr. Say menekankan bagaimana HYROX membentuk mereka secara fizikal, mental dan hubungan. Menurutnya, tanpa HYROX, mereka tidak akan memulakan perlumbaan yang wajib diselesaikan bersama, tidak akan mula berlari, dan tidak akan mengetahui sejauh mana tubuh mereka mampu bertahan di bawah tekanan, keletihan dan cabaran fizikal.
Dr. Say turut menegaskan bahawa walaupun satu hari HYROX ‘mati’, mereka tetap berterima kasih kerana pengalaman ini membuatkan mereka lebih segar, bertenaga dan sihat, malah hubungan mereka bertambah erat kerana mereka latih, lari, berehat dan mencari tips bersama-sama.
Ahmad Ezrinloy
Ahmad Ezrinloy turut mengambil bahagian di HYROX Osaka 2026, dan berkongsi pengalaman penuh cabaran melalui Instagram miliknya. Namun standardnya tetap tinggi. Ahamd juga turut berkongsi bahawa badannya berada dalam kondisi paling teruk yang pernah dirasai, mengalami side stitch pada larian kedua, kejang di seluruh badan, malah hampir tidak dapat menamatkan perlumbaan sebelum stesen terakhir.
Menerusi akaun Instagram miliknya, ketika mahu menyerah, dia melihat seluruh pasukan menamatkan perlumbaan dengan membawa standard yang sama, dan itu menguatkan tekadnya untuk terus menamatkan perlumbaan. Perkongsian ini menonjolkan ketahanan fizikal dan mental, serta dedikasi seorang atlet Malaysia yang tidak mudah berputus asa walaupun menghadapi cabaran ekstrem.
Shahizann Ismail
Shahizan Ismail membuat debutnya di HYROX Osaka 2026. Menurut perkongsiannya di Instagram, pagi di Osaka pada hari itu sangat sejuk. Setiap larian terasa lebih lama daripada apa dijangkakan, dan setiap stesen menuntut lebih daripada otot dan ‘performance’ semata-mata. Semangat dan kepercayaan pada diri serta sokongan keluarga membantunya menamatkan perlumbaan pada 1:17:22. Bagi Shahizan, ini bukan sekadar tentang mengejar masa, tetapi tentang menghadapi cabaran, bertahan, dan memulakan perjalanan baru dalam dunia sukan extreme HYROX.
Artikel Berkaitan: SHINEE MINHO SERTAI HYROX OSAKA 2026 SEBELUM KONSERT SMTOWN FUKUOKA
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
INSPIRASI FIT & SIHAT 2026, SAY SHAZRIL, FAZZIQ MUQRIS, IKMAL AMRY SEBAGAI INSPIRASI.
Ikmal Amry, Shawn Pam, dan Fazziq Muqris antara individu yang konsisten mempromosikan gaya hidup aktif dan seimbang. Jadikan mereka ini sebagai inspirasi sihat dan fit untuk tahun 2026.
HYROX: 5 NAMA YANG AKTIF BERTANDING DALAM ARENA KECERGASAN GLOBAL
HYROX semakin mendapat perhatian dengan penyertaan selebriti tempatan. Ini 5 nama lelaki yang aktif bertanding dan serius dalam HYROX.
TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI PALING FIT 2025
GLAM Lelaki menyorot tiga figura yang bukan sahaja kelihatan fit, tetapi benar-benar mengamalkan gaya hidup aktif
6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’
Enam personaliti dengan kerjaya hebat dan gaya hidup sihat. Mereka buktikan disiplin diri dan keseimbangan hidup tunjang kejayaan mereka.
SELEBRITI LELAKI BERBADAN CANTIK: INSPIRASI ‘MODERN MASCULINITY’ DARI AEDY ASHRAF, IKMAL AMRY DAN RAMAI LAGI.
Inspirasi ‘modern masculinity’ dari lapan selebriti lelaki Malaysia. Penampilan fizikal dek ketekunan mereka nyata mencetus inspirasi.
LIMA SELEBRITI DADDY PALING ‘HOT’ DI MALAYSIA
Selamat hari bapa! Berikut adalah lima selebriti ‘daddy’ Malaysia paling ‘hot’ yang sering menjadi bualan ramai.











