SEMBANG RAYA BERSAMA NADHIR NASAR
Bagi Sembang Raya tahun ini, GLAM Lelaki berpeluang untuk menemu bual pelakon yang makin meningkat naik, Nadhir Nassar. Beliau telah berkongsi tentang makna perayaan Aidilfitri serta menceritakan momen-momen indah semasa Hari Raya.
Menjelang Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, kesibukan, kegembiraan serta kehangatan Aidilfitri mula dirasai. Orang ramai, tanpa mengira latar belakang, turut serta dalam persiapan akhir untuk menyambut perayaan yang dianggap istimewa dalam kalangan umat Islam. Di setiap sudut bandar dan kampung, orang ramai kini sibuk bergotong royong membersihkan rumah dan menyiapkan kuih Raya.
Dalam sesi temubual GLAM Lelaki bersama Nadhir, kita dibawa untuk menghargai betapa tingginya nilai kasih sayang keluarga dan kegembiraan yang muncul apabila berkumpul bersama ahli keluarga. Selain itu, beliau turut berkongsi dari persiapan beliau semasa Hari Raya sehingga juadah Hari Raya kegemaran beliau. Secara tidak langsung, penceritaan beliau menghidupkan kembali memori manis dan tradisi dalam setiap hidangan yang disediakan dengan penuh kasih sayang.
SEMBANG RAYA BERSAMA NADHIR NASAR
1. Apakah persiapan anda menjelang Lebaran?
Saya tidak membuat banyak persiapan. Kebiasannya, saya akan memasak untuk Hari Raya pertama di kampung halaman.
2. Baju Melayu teluk belanga atau cekak musang?
Cekak musang kerana ia kelihatan lebih maskulin serta dicirikan dengan lima butang yang terletak di atas badan.
3. Apa yang anda suka tentang Hari Raya?
Apa yang saya suka tentang Hari Raya ialah apabila saudara mara dapat berkumpul sekali di suatu tempat dan dapat saling bermaafan antara satu sama lain. Secara tidak langsung, ianya dapat merapatkan silaturahim sesama saudara mara.
4. Namakan tiga kuih raya kegemaran?
Almond London, sarang semut dan semperit klasik
5. Tema baju raya tahun ini?
Tahun ini, saya memilih baju melayu dengan gaya cekak musang dan berwarna champange.
6. Hidangan wajib anda di pagi raya?
Lemang, rendang, dengdeng dan juga gulai ayam kampung citarasa Perak.
7. Momen raya yang tidak dapat dilupakan?
Momen yang tidak dapat dilupakan ialah ketika saya masih seorang budak. Di kampung, kami akan membentangkan selimut di ruang tamu dan akan tidur beramai-ramai. Bagi saya, ia merupakan momen bermakna kerana sekarang kita sudah tidak dapat merasai lagi pengalaman itu.
Baca lebih lanjut: 8 LAGU RAYA BAHARU PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TIPS GROOMING AIDILFITRI, JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR!
Menjelang Aidilfitri, persiapan rapi bukan sahaja melibatkan pakaian baharu dan juadah, tetapi juga grooming diri yang kemas dan segar.
RAYA PENUH GAYA: RAIKAN KEMERIAHAN DI SURIA KLCC
Aidilfitri semakin hampir, dan bagi lelaki moden yang menghargai gaya hidup premium serta pengalaman membeli-belah eksklusif, Suria KLCC adalah jawapannya.
5 LAGU RAYA TERBAIK HAEL HUSAINI PILIHAN GLAM LELAKI
Hael Husaini telah mencipta magisnya sendiri dengan beberapa lagu raya yang bukan sahaja syahdu tetapi juga segar dan penuh emosi
ETIKA PEMAKAIAN DI HARI RAYA: BAJU MELAYU ATAU KURTA
Di Malaysia, dua pilihan pakaian tradisional lelaki yang sering menjadi pilihan utama untuk menyambut Hari Raya adalah Baju Melayu dan Kurta.
KENALI 5 BARISAN PELAKON UTAMA KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL
Filem yang menanti penonton di pawagam tahun ini adalah Kahar Kapla High Council dan bakal mencetus fenomena selepas prekuel siri, Projek: High Council.
DISTOPIA ROMANTIK DAIYAN TRISHA DAN MEERQEEN DALAM ‘MY HOME IS IN YOUR ARMS’
Bintang jelita penuh bakat, Daiyan Trisha melancarkan video muzik untuk single terbaharunya, "My Home Is In Your Arms" yang menampilkan Meerqeen serta Nadhir Nasar selaku pengarah.