DETIK HARI NATAL SUDAH PUN BERMULA. PERCIKAN KEMASAN EMAS SERTA INTAN BERLIAN MENJADI ASAS HIMPUNAN EKSKLUSIF KRISMAS 2019. AYUH HAYATI KETUKANGAN UNGGUL LAPANGAN ARLOJI UNTUK PEMBERIAN ATAU GANJARAN BUAT DIRI SELEPAS BERKERJA KERAS SEPANJANG TAHUN!
2 of 8
PERHELATAN MOMEN EMAS
Arloji Altiplano Ultimate Automatic citra Piaget
Piaget mendakap musim keramaian akhir tahun dengan meraikan Art of Gold. Di mana, emas merupakan asas kepakaran Maison ini. Sehubungan itu, rumah arloji ilham jauhari ini menggabungkan tradisi serta inovasi yang menjadikannya pemuka dalam lapangan arloji dunia. Lalu, menzahirkan nadi mekanikal pergerakan Kaliber 910P yang dicipta sepenuhnya oleh Piaget.
Jam Altiplano Ultimate Automatic adalah penanda aras keunggulan serta semangat perintis Piaget. Lalu, ia meraih rekod dunia sebagai jam ternipis dengan ketebalan hanya 4.30 mm. Jam tangan ini merupakan lambang kecemerlangan teknikal lantas memperkukuhkan posisi Maison ini sebagai master pembuatan jam tangan ultra-nipis.
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….