DETIK HARI NATAL SUDAH PUN BERMULA. PERCIKAN KEMASAN EMAS SERTA INTAN BERLIAN MENJADI ASAS HIMPUNAN EKSKLUSIF KRISMAS 2019. AYUH HAYATI KETUKANGAN UNGGUL LAPANGAN ARLOJI UNTUK PEMBERIAN ATAU GANJARAN BUAT DIRI SELEPAS BERKERJA KERAS SEPANJANG TAHUN!
Omega menyingkap tirai terbarunya lalu tampil mempertontonkan empat jam tangan sempena Krismas. Setiap satunya bersentuh kemewahan emas, terus memancarkan sinar rekaan menawan dengan seleksi ceritera nan unik. Bukan hanya sekadar statement perhiasan tangan mewah, ia adalah esensi pembikinan cemerlang Omega.
Sebagai contoh, case jam tangan Speedmaster 38 Co-Axial Chronograph ini diolah kombinasi keluli tahan karat dan emas kuning 18 karat. Terus, arloji ini dilengkapi dwi rekaan bezel yang mana bahagian dalaman bezel memaparkan skala tachymeter pada cincin aluminium rona hijau. Sementara, pada lingkaran luarannya pula bertatahkan intan berlian. Paparan indeks, jarum jam, pemasa kronograf serta crown juga disempurnakan bernada emas kuning 18 karat.
Pelantun lagu ‘Diam’ ini nekad menjadi diri sendiri sebagai seorang anak seni bersifat asli. Padanya, era baru itu ialah sebuah kesempatan yang telah ditakdirkan Tuhan.
Magis edisi kali ini, Glam Lelaki membuka lembaran baru dalam naskhah dunia fesyen dan gaya lelaki alfa masa kini, mempersembahkan ‘NEW ERA’ - menampilkan penyanyi, Hael Husaini (35), pelakon, Mierul Aiman (26) dan pempengaruh, Amirul Daniel (25).