AURA GEMERLAPAN KRISMAS
DETIK HARI NATAL SUDAH PUN BERMULA. PERCIKAN KEMASAN EMAS SERTA INTAN BERLIAN MENJADI ASAS HIMPUNAN EKSKLUSIF KRISMAS 2019. AYUH HAYATI KETUKANGAN UNGGUL LAPANGAN ARLOJI UNTUK PEMBERIAN ATAU GANJARAN BUAT DIRI SELEPAS BERKERJA KERAS SEPANJANG TAHUN!
PERINCIAN BUTIRAN DIPERHALUSI

Arloji Clifton Baumatic ciptaan Baume & Mercier
Himpunan jam tangan Clifton Baumatic diciptakan berestetika polos lagi relaks, lalu menawarkan kecemerlangan teknikal yang sesuai dipadankan dalam apa jua persalinan. Disenaraikan sebagai item mesti miliki buat para jejaka alfa yang berbudi pekerti, Edisi Clifton Baumatic emas ilham Baume & Mercier ini menjunjung nada sofistikated. Susuk rekaan case berbentuk bulat dicitra daripada emas merah 18 karat. Lantas, memadukan kehangatan laman dail porselin rona putih yang dihiasi dengan indeks masa serta jarum dengan material emas yang sama.
Perincian indeks masa serta jarum jam hadir bercanai berbentuk trapezium mengukuhkan perincian pada butiran selain memaparkan tetingkap tarikh dempak pada kedudukan jam 3. Jam tangan berdiameter 39 mm dengan ketebalan 10.74 mm ini melindungi nadi penggulungan automatik Baumatic (BM13-1975A) yang diperakui COSC. Langsung, disempurnakan bertali kulit buaya hitam bergancu pin di samping memaparkan mesej peribadi yang boleh diperibadikan pada balik belakang jam.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.
JAM TANGAN MEWAH MELEWATI OSCAR 2025
Pada Anugerah Akademi ke-97, bukan sahaja fesyen pakaian yang menjadi tumpuan, tetapi juga aksesori mewah seperti jam tangan.
HENRY CAVILL WAJAH BAHARU LONGINES ELEGANCE
Aktor Henry Cavill membias gabungan kemewahan dan keaslian yang mencerminkan sepenuhnya kepercayaan Longines bahawa Elegance adalah Attitude.
CASIO LANCAR JAM TANGAN CINCIN PENUH UNIK
Casio Computer Co., Ltd. telah melancarkan Casio Ring Watch CRW-001, jam tangan gaya cincin pertama syarikat ini.
SIMFONI VISUAL YUKIKO NORITAKE JULANG KEEMASAN PIAGET
Tahun ini, Maison Piaget membariskan kecemerlangan artistik Noritake untuk menghidupkan ciptaan terbaru berona emas yang tiada tandingan.
ULTRA UPGRADED OMEGA SPEEDMASTER MOONPHASE METEORITE
Omega melancarkan Speedmaster Moonphase Meteorite dengan paparan fasa bulan dua hemisfera dengan dimensi, dail meteorit, dan pergerakan manual baharu. Versi terbaru Speedmaster Moonphase kini dilengkapi dengan paparan untuk Hemisfera Utara dan Selatan, serta dua jenis meteorit pada dailnya. Speedmaster Moonphase Meteorite, memperkenalkan beberapa perubahan. Ia menggunakan pergerakan manual kaliber 9914, berdasarkan kaliber 9908/9. Ini adalah…