Skip to content

AURA GEMERLAPAN KRISMAS

Kongsikan artikel ini

DETIK HARI NATAL SUDAH PUN BERMULA. PERCIKAN KEMASAN EMAS SERTA INTAN BERLIAN MENJADI ASAS HIMPUNAN EKSKLUSIF KRISMAS 2019. AYUH HAYATI KETUKANGAN UNGGUL LAPANGAN ARLOJI UNTUK PEMBERIAN ATAU GANJARAN BUAT DIRI SELEPAS BERKERJA KERAS SEPANJANG TAHUN!

5 of 8

SINTESIS ENERGI ITALI

Arloji ilham jauhari Octo Finissimo Tourbillon Skeleton olahan Bulgari

Bulgari adalah rumah arloji serta barang kemas ilham jauhari yang bukan konvensional. Di mana ia, senantiasa melintasi sempadan kemungkinan material serta teknik ketukangan yang inovatif. Tidak terhenti di situ, Bulgari juga sering kali menebarkan kaedah juga aturan pembuatan jam tangan menerusi setiap himpunan para jejakanya yang menggabungkan kreativiti Itali bersama kejuruteraan dan reka bentuk Swiss. Kesinambungannya dilihat pada karya saga Octo Finissimo yakni jam tertipis yang meraih lima rekod dunia dek punya susuk rekaan luar biasa.

Spirit ini terus diterjemahkan menerusi Octo Finissimo Tourbillon Skeleton yang digarap dari platinum berbalas nadi gerakan skeletonized rona biru. Karya hebat ini diolah berdiameter 40 mm bertatahkan butiran berlian potongan baguette pada bezel serta cuping jam. Langsung, tampil sebagai edisi terhad kepada 50 utas. Jam dikuasakan kaliber mekanikal manual ternipis BVL 268 SK dilengkapi sama flying tourbillon dan rizab kuasa sehingga 52 jam.

5 of 8

By zuhairiesahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY

KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY

Bacaan Lanjut
KOLEKSI ARLOJI BRAD PITT YANG MEWAH & SOFISTIKATED

KOLEKSI ARLOJI BRAD PITT YANG MEWAH & SOFISTIKATED

Bacaan Lanjut

KOLEKSI JAM TANGAN OMEGA YANG MENGABUNGKAN INOVASI DAN ELEGEN SI PEMAKAI

Bacaan Lanjut
hael husaini

GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA HAEL HUSAINI

Bacaan Lanjut
THE SEPTEMBER BOYS IS HERE! HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL #NEWERA

#NEWERA, HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut