DETIK HARI NATAL SUDAH PUN BERMULA. PERCIKAN KEMASAN EMAS SERTA INTAN BERLIAN MENJADI ASAS HIMPUNAN EKSKLUSIF KRISMAS 2019. AYUH HAYATI KETUKANGAN UNGGUL LAPANGAN ARLOJI UNTUK PEMBERIAN ATAU GANJARAN BUAT DIRI SELEPAS BERKERJA KERAS SEPANJANG TAHUN!
6 of 8
KEMILAUAN ESKSKLUSIF NATAL
Arloji ilham jauhari Big Bang MP-11 lestari Hublot
Raikan tradisi percutian hujung tahun bersama keluarga yang dikasihi dengan pemberian koleksi arloji berilham jauhari laksana Hublot. Rumah arloji ini menggabungkan seni pembuatan jam tangan berbalas mutu ketukangan barangan kemas, dengan ciptaan terindah bertatahkan 549 butiran berlian potongan baguette pada segenap sisi jam tangan ini.
Empat model ikonik ciptaannya ditampilkan luar biasa di antara pertembungan haute horlogerie dan haute joaillerie. Tidak kira persalinan atau gaya peribadi anda, Hublot punya sesuatu yang nyata luar biasa untuk digayakan pada pergelangan tangan! Lihat arloji mewah Big Bang MP-11 High Jewellery yang diolah bergabung emas kuning 18 karat.
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….