DETIK HARI NATAL SUDAH PUN BERMULA. PERCIKAN KEMASAN EMAS SERTA INTAN BERLIAN MENJADI ASAS HIMPUNAN EKSKLUSIF KRISMAS 2019. AYUH HAYATI KETUKANGAN UNGGUL LAPANGAN ARLOJI UNTUK PEMBERIAN ATAU GANJARAN BUAT DIRI SELEPAS BERKERJA KERAS SEPANJANG TAHUN!
7 of 8
NADA AVANT-GARDE BERBALAS SPORTINESS
Arloji Vanguard Crazy Hours Edisi Terbatas Asia ilham Franck Muller
Franck Muller membentangkan magis horologi nan eksklusif menerusi barisan jam bernadi artistik Double Mystery serta komplikasi rumit Vanguard Crazy Hours. Sempurna untuk jejaka edgy juga yang senantiasa mendambakan cabaran, Edisi Terbatas Asia barisan Vanguard Crazy Hours mencerminkan keberanian rumah arloji independen ini.
Dail dihiasi dengan indeks masa bergaya appliqué, dilengkapi dengan crown penggulungan yang mengawal modul pemasa lompat serta pergerakan automatik. Susuk rekaan berlengkung ini secara tidak langsung menambah sentuhan sportiness buat reka bentuk ikon Vanguard.
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….