DETIK HARI NATAL SUDAH PUN BERMULA. PERCIKAN KEMASAN EMAS SERTA INTAN BERLIAN MENJADI ASAS HIMPUNAN EKSKLUSIF KRISMAS 2019. AYUH HAYATI KETUKANGAN UNGGUL LAPANGAN ARLOJI UNTUK PEMBERIAN ATAU GANJARAN BUAT DIRI SELEPAS BERKERJA KERAS SEPANJANG TAHUN!
Barisan Portofino untuk lelaki tampil segar dengan enam penampilan model terbaru. Salah satu olahan yang paling menawan adalah menerusi jam tangan Portofino Automatic Moon Phase. Di mana, julung kali ia diolah berdiameter 40 mm di samping berkomplikasi fasa bulan.
Dahulu ia hanya terdapat dalam model 37 mm atau 45 mm, saiz baru ini digarap dari keluli tahan karat dalam dua variasi yakni, satu dilapisi dail perak bersama perincian jarum dan appliqués berlapis emas. Sementara, yang satu lagi hadir berlaman dail biru dengan perincian jarum dan appliqués berlapis rhodium. Keduanya disempurnakan bertali kulit buaya oleh Santoni.
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….