SABAN HARI, TIAP DETIK, TANGAN SEPASANG KEKASIH AKRAB BERPIMPINGAN. LALU, MENYUSURI MASA MEMBINA BAHTERA KEHIDUPAN AGAR TERUS KUKUH BERDIRI. NAH, INTIP REKOMENDASI PEMBERIAN VALENTINE SEDONDON BERPASANGAN. KERANA ARUS KEHIDUPAN ITU SENANTIASA DILIPUTI SINAR MASA, BAIK GELAP ATAU CERAH SELOK-BELOK LINTASANNYA.
3 of 4
Dari kiri, Reverso Tribute Moon dan Reverso One Duetto laksana Jaeger-Lecoultre
Sebelah kiri, arloji Reverso Tribute Moon, Ø 49.4 X 29.9 mm. Diperbuat daripada keluli tahan karat. Memaparkan fitur jam, minit, tarikh dan indikasi fasa bulan di hadapan dan bahagian belakang jam tampil mempamerkan pemasa zon waktu kedua serta indikator siang/malam. Dikuasai nadi mekanikal manual kaliber 853A.
Buat si dia, jam Reverso One Duetto, Ø 40.1 X 20 mm. Diperbuat daripada keluli tahan karat bertatahkan 56 butiran berlian. Memaparkan fitur jam dan minit pada kedua bahagian depan dan belakang. Laman dail hadapan bergaya sunray perincian teknik guilloché dan dilapisi lakuer rona biru gelap pada laman dail belakang. Dikuasai nadi mekanikal manual kaliber 844. Keduanya laksana Jaeger-Lecoultre.
Kasih sayang yang tulus dan perhatian yang penuh makna, itulah yang ditunjukkan oleh Johan Ghazali, atau lebih dikenali sebagai Jojo, kepada ibunya yang tercinta.
Dia memiliki segalanya kerana dia memiliki anda. Jadi anda mempunyai tugas besar dalam pemilihan hadiah, jadi lupakan stokin dan AirPods. Lelaki yang mempunyai segalanya juga tidak menginginkan apa-apa, jadi dia akan memberitahu anda supaya tidak bersusah payah. Ia boleh menjadi tugas yang menakutkan, tetapi biarkan kami menjadi panduan anda. GLAM Lelaki lebih mengenali jenis lelaki…