Bual bicara arloji bersama Julien Tornare
Bersempena berlangsungnya Minggu Arloji LVMH buat edisi yang ketiga pada hujung Januari lalu; ayuh ikuti bual bicara arloji eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif Zenith, Julien Tornare saat berdepan cabaran serta impak pasca pandemik.
Sungguhpun, Zenith terkenal dengan sejarah serta penciptaan mekanikal nadi automatik seperti kaliber 400 Zenith El Primero yang diubah suai bagi menguasai barisan Daytona Rolex. Namun, rumah arloji ini mendepani kesulitan dan seakan hilang dari radar sebelum Jean-Claude Biver membawa masuk Julien Tornare untuk memimpinnya kembali pada tahun 2017.
Lima tahun kemudian, Zenith memacu kembali pemodenan yang dibina berdasarkan tafsiran futuristik rujukan barisan bersejarahnya; dengan dua koleksi terpenting yakni Chronomaster dan Defy. Menggambarkan inovasi produk terbarunya, Tornare diwawancara eksklusif GL saat berlangsungnya Minggu Arloji LVMH buat edisi yang ketiga.
GLAM Lelaki : Kongsi dengan kami bagaimanakah hari-hari awal saat pandemik menular bersama Zenith?
Julien Tornare : Umumnya kami semua terkejut, sama seperti 7 billion manusia yang mendiami bumi
Ini. Ia agak sukar pada mulanya, akan tetapi kami di Zenith cepat beradaptasi untuk berdepan dengan krisis ini. Kami mengambil manfaat daripadanya untuk mencetuskan semula karisma diri, agar menjadi lebih aktif lagi dinamik. Sejujurnya, melangkaui beberapa bulan pada tahun 2020, saat setiap penjuru pintu dikerahkan untuk tutup. Ia benar-benar mendorong dan memaksa kami untuk menjadi sangat efisien lalu Zenith berjaya mencatatkan rekod jualan terbaik untuk tahun 2021 sejak pengambilalihan.
GLAM Lelaki : Apakah projek utama yang anda rencanakan pada suku pertama atau untuk keseluruhan tahun ini?
Julien Tornare : Ya, sudah tentu Zenith mempunyai beberapa pelancaran besar sepanjang Minggu Arloji LVMH ini. Salah satunya adalah DEFY Skyline, yang mana kini menular kerana ramai yang bercakap mengenainya. Ia adalah penghasilan yang hebat, himpunan antara kreativiti dan kemodenan. Sekali gus, mendakap sama warisan pergerakan baharu El Primero 3600 yang luar biasa ini tanpa fungsi kronograf.
GLAM Lelaki : Adakah Zenith juga bakal memperlihatkan barisan jam tangan untuk para wanita?
Julien Tornare : Jelas sekali, kami mengambil peluang untuk menambah dua model evokatif ke dalam barisan DEFY Midnight yang bermandikan cahaya merah matahari terbenam dan pancaran cahaya aurora borealis; Dinamai DEFY Midnight Sunset dan DEFY Midnight Borealis. Selain itu, Zenith menyokong usaha untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Kami bekerjasama dengan Nona Source dalam mengolahkan tali jam menerusi fabrik berlebihan dari rumah fesyen di bawah kumpulan LVMH Fashion & Leather Goods Maisons. Kami mengambil berat tentang alam sekitar dengan bergerak secara aktif untuk memelihara produk dan mengurangkan sisa bahan. Inisiatif ini dimulakan dengan barisan DEFY Midnight.
GLAM Lelaki : Apakah hala tuju Zenith untuk tahun 2022, punya sebarang bentuk transformasi?
Julien Tornare : Tahun lepas didedikasikan sepenuhnya untuk himpunan Chronomaster. Tahun ini pula, sudah tentu mengenai DEFY. Begitu juga, bakal memperlihatkan lebih banyak sorotan penting untuk tahun ini. Saya tidak akan mengatakan ada himpunan yang khusus untuk wanita kerana untuk satu jenama di abad ke-21; Kami memegang prinsip kesaksamaan gender dalam melaksanakan sesuatu karya arloji. Kami hanya mahu menciptakan satu jam tangan yang sofistikated lagi cemerlang yang boleh dipilih lalu dipakai, baik untuk wanita juga lelaki. Tidak punya batas dari segi gaya serta fungsinya.
Pautan berkaitan: IMAGINASI SENI SWATCH DAN CENTRE POMPIDOU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL JAN/FEB 2022: ADAM LEE, MASIH LAPAR
Tahun ini genap 10 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan tempatan, Adam Lee, 28, masih lapar untuk mencabangkan bakat seninya. Mulanya mendapat perhatian sata membintnagi drama bersiri Lara Aishah, pemuda ini terus meneroka peluang demi mengejar cita-cita sebagai anak seni.
GL JAN/FEB 2022: HARRIS ALIF, YOUNG FATHERHOOD
Bergelar bapa di usia muda, Harris Alif, 23, menekuni ilmu keibubapaan menerusi bacaan atas talian juga mengumpul nasihat dari kedua orang tua.
ASLI LAGI SUBSTANSI BAK NAMANYA, CHRONOMASTER ORIGINAL
Pengganti buat A386 yang ditunggu akhirnya tiba. Zenith memperkenalkan Chronomaster Original – interpretasi abad ke-21 El Primero yang paling ikonik.
Temu ramah eksklusif bersama Romain Marietta, Ketua Produk Zenith
Kala minggu arloji Watches and Wonders 2021 berlangsung, GLAM Lelaki berpeluang mewawancara secara eksklusif bersama Romain Marietta yang memegang peranan sebagai Ketua Produk Zenith sejak tahun 2011 lagi.
Legasi Nadi Legenda El Primero
Tampil lebih tangkas, licik dan lagi sporty; Zenith mempertontonkan pelapis generasi barisan Chronomaster Sport yang dilengkapi dengan Kaliber El Primero. Lalu, bisa mengukur putaran waktu dengan akurasi 1/100 detik.
Aaron Rodgers Dilantik Sebagai Duta Jam Tangan Zenith
Legenda quarterback NFL, Aaron Rodgers kini menjalinkan kerjasama bersama label jam tangan Swiss, Zenith sebagai wajah wakilan baharu mereka.