Skip to content

CASIO LANCAR MODEL KOLABORASI DENGAN HONDA RACING SAMBUT ULANG TAHUN KE-20 EDIFICE

Kongsikan artikel ini

Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan ECB-10HR, model kolaborasi dengan Honda Racing yang meraikan ulang tahun ke-20 pelancaran jenama EDIFICE.

Honda Racing merujuk kepada aktiviti-aktiviti sukan bermotor yang dilaksanakan oleh Honda Motor Company, Ltd. di serata dunia. Syarikat ini telah menjadi tumpuan utama sebagai pembekal unit kuasa kepada pasukan Scuderia AlphaTauri Formula One sejak tahun 2018, yang mana Casio EDIFICE turut menjadi penyokong. Model baharu ini melambangkan kolaborasi ketiga antara Honda Racing dan EDIFICE, yang mana kedua-duanya mempunyai asal usul dari Jepun dan berkongsi semangat yang berkobar-kobar terhadap keupayaan teknologi tinggi.

ECB-10HR baharu ini menampilkan reka bentuk dengan warna seragam hitam dan merah kru Honda F1 yang menyokong pasukan Scuderia AlphaTauri Formula One dalam perlumbaan, berserta sentuhan warna emas bagi menyambut ulang tahun ke-20 EDIFICE. Muka dan bekas jam tangan yang berwarna hitam diperbuat daripada bahan karbon, yang juga sering digunakan dalam sukan bermotor masa kini, manakala logo Honda Racing, tali jam tangan kulit sebenar dan “20” pada bezel yang menunjukkan ulang tahun ke-20 berwarna merah. Logo EDIFICE, pada tepi bahagian dalam bezel dan jarum pada muka jam inset dihiasi dengan warna emas berunsur perayaan.

 

Model baharu ini adalah berdasarkan ECB-10, yang mana ciri-cirinya dibangunkan menurut rundingan bersama pasukan lumba Scuderia Alpha Tauri Formula One. Logo Honda muncul pada seluruh jam tangan ini dan juga pada pakej istimewa. Ukiran “Ulang Tahun ke-20 EDIFICE” pada bahagian penutup belakang jam tangan menerapkan lagi falsafah hidup Honda Racing dan semangat berunsur perayaan ulang tahun ke-20 EDIFICE pada jam tangan tersebut.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY

KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY

Bacaan Lanjut

KOLEKSI JAM TANGAN OMEGA YANG MENGABUNGKAN INOVASI DAN ELEGEN SI PEMAKAI

Bacaan Lanjut
KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI

KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

PAMERAN GRAND PRIX D’HORLOGERIE DE GENÈVE (GPHG)

Bacaan Lanjut