Skip to content

EKSPRESI JIWA KOMPETITIF CLAUDE BERNARD

Kongsikan artikel ini

Sekiranya aktiviti lasak atau aksi bersukan sudah menjadi perkara biasa dalam kalendar mingguan anda, apatah lagi yang melibatkan sukan air kompetitif, jenama jam tangan Swiss, Claude Bernard menampilkan model-model signature Claude Bernard Aquarider yang direka khas untuk melengkapi gaya hidup aktif anda.

Berukuran diameter 44mm, jam tangan Claude Bernard Aquarider ini dimuatkan caseback yang padat dan kukuh. Bezel hitam di bahagian luar yang mengelilingi permukaan jam pula menawarkan jarak penglihatan optimum tika ligat bersukan. Dailnya pula diperbuat daripada keluli tahan karat dan jam ini juga kalis air sehingga 220 meter. Namun, biarpun Claude Bernard Aquarider adalah jam tangan kronograf bercirikan sporty dan rugged yang menjadi teman ideal untuk aktiviti sukan air kompetitif seperti jet ski, rekaannya yang klasik dan ringkas membenarkan transisi gaya antara yang kasual dan yang formal dengan mudah.

Claude Bernard Aquarider kronograf ini datang dalam tiga pilihan warna yakni hitam enamel, perak putih dan biru akuamarin. Hitam mencerminkan misteri personaliti seorang lelaki manakala perak putih dan akuamarin menggambarkan pesona laut yang tenang. Klasik namun kontemporari, jam tangan kronograf Claude Bernard ialah satu aksesori lambang lelaki yang bercitarasa tinggi.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 1 Ogos 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut

7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!

Bacaan Lanjut
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

Bacaan Lanjut
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

Bacaan Lanjut