FOSSIL Q GEN 4, TEKNOLOGI DIPERKEMASKINI DAN DESAIN LEBIH STAIL
Jenama hebat, FOSSIL mengumumkan edisi terbaru dari generasi keempatnya, iaitu Fossil Q Gen 4, jam tangan pintar berteknologi tinggi dengan skrin sentuh. Dengan beberapa ciri teknologi yang baru, edisi kali ini menawarkan fungsi teknologi diperkemaskini serta desain yang lebih stail. Dengan ciri-ciri baru lebih mantap, Fossil kekal dengan motifnya dalam menyediakan pelanggan sebuah peranti inklusif- baik dalam fungsi mahupun reka bentuknya.

Sebagai salah satu jenama fesyen pertama yang memperkenalkan teknologi ini dalam koleksi mereka, Fossil menitikberakan fesyen dalam fungsi. Dikuasakan oleh Wear OS oleh Google dan Platform Qualcomm® Snapdragon Wear ™ 2100, peranti istimewa ini menawarkan peningkatan dari setiap aspek, dengan perkakasan termasuk Penjejakan Kadar Degupan Jantung (Heart-Rate Tracking), GPS Tanpa Sambungan dan Fungsi Kalis-Renang. Dengan masa cas yang dioptimumkan, pengguna kini boleh mengecas peranti mereka dalam tempoh sejam untuk bertahan sepanjang hari.

Yang pasti, Fossil memasuki pasaran jam tangan pintar untuk mengisi keinginan pasaran untuk memiliki teknologi yang direka menawan serta boleh diperibadikan. Generasi baru ini pasti tiada bezanya. Ia datang dengan ciri reka bentuk yang unik, membolehkan pengguna menyesuaikan dari tali hinggalah paparan muka dial. Terdapat 36+ paparan muka dail eksklusif, dari fesyen ke novelti, malah pengguna dapat menggabungkan peningkatan jumlah aplikasi pihak ketiga untuk pengalaman peranti mereka.
Bukan itu saja, pengguna juga boleh menetapkan foto media sosial sebagai latar belakang paparan muka dail jam ini. Fossil sudah pasti akan meneruskan penghasilan jam tangan pintar menerusi pendekatan vintaj terinspirasi kepada teknologi moden yang membolehkan pengguna menemui jam tangan yang benar-benar sesuai, untuk selamanya.


Kemas kini utama termasuk:
- Penjejakan Kadar Degupan Jantung (Heart-Rate Tracking)
- Fungsi kadar degupan jantung, permintaan penting dari pengguna dan keutamaan utama untuk edisi Generasi 4 Fosil Q. Fossil mereka jam tangan eksklusif yang membolehkan pengguna mengakses capaian manual dengan mudah dari muka dail jam tangan mereka. Sama ada sedang berlari atau ketika bersenam di gim, anda boleh menjejaki kadar denyutan anda secara automatik menggunakan Google Fit.
- Ambil bacaan kadar jantung secara manual dan gerak kadar jantung secara automatik menerusi pelbagai jenis senaman menggunakan Google Fit
- Grafik kadar jantung menunjukkan kemajuan dalam kepelbagaian jenis senaman dan pada masa yang sama meningkatkan pengalaman pengesanan senaman.
- Paparan muka dial eksklusif Fosil menyepadukan kadar degupan ke reka bentuk yang menunjukkan denyutan perminit memudahkan pengguna bersenam dengan lebih baik dalam sekali imbas.
- GPS tanpa sambungan
Keupayaan GPS untethered baru membolehkan pengguna mengesan trak jalan, larian, pendakian, menaiki basikal dan banyak lagi melalui Google Fit dan aplikasi kecergasan pihak ketiga tanpa perlu membawa telefon anda. Jam tangan anda akan memeta dan menjejaki lokasi dan jarak anda secara automatik walaupun ketika latihan semasa. Dengan fungsi kalis-renang yang dikemaskini, pengguna boleh menjejaki latihan renang, bersantai di kolam renang atau mandi di bawah pancuran air tanpa perlu memikirkan risiko kerosakan jam tangan pintar mereka. Bagi pengguna yang bersedia untuk memulakan larian mahupun tunggangan tanpa perlu membawa telefon pintar mereka, muzik boleh dimuaturun dari aplikasi pihak ketiga terus ke peranti.



Fungsi-fungsi termasuk:
- Case keluli tahan karat (Q Venture HR: 40mm / Q Explorist HR: 45mm)
- Paparan digital skrin sentuh yang menakjubkan
- 24 jam hayat bateri (berdasarkan penggunaan)
- Tali dan gelang boleh ditukar ganti (Q Venture HR: 18mm / Q Explorist HR: 22mm)
- Sambungan teknologi Bluetooth®
- Penyegerakan wayarles + pengecasan magnetik
- Serasi dengan iOS 9.3+ dan Android 4.4+ (tidak termasuk edisi Go)
- Sensor: Kadar Jantung, GPS, Altimeter, Accelerometer, Gyroscope, Ambient Light, Mikrofon
- Dikuasakan dengan OS Pakai oleh Google
- Platform Qualcomm® Snapdragon Wear ™ 2100
Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.fossil.com/Q
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL
Semak gaya stylish Syawal Ikmal Amry bersama Tommy Hilfiger. Menyerlahkan gaya santai lebaran supaya kekal bergaya.
THE DRAMA KING: AMIR AHNAF
Amir Ahnaf berkongsi obsesinya terhadap seni, tanggungjawab membentuk landskap industri, dan bagaimana fesyen menjadi refleksi identiti.
TARUNG: UNFORGIVEN BAWAKAN BARISAN PELAKON HEBAT
Menghentak dunia perfileman tempatan dengan kuat, TARUNG: Unforgiven hadir dengan teaser yang menayangkan barisan pelakon hebat.
THE BODY SHOP RAI ULANG TAHUN GLOBAL KE-50 DENGAN SUMBANGAN
The Body Shop meraikan ulang tahun global mereka yang ke-50 tahun ini dengan menegaskan semula kepercayaan mereka terhadap sumbangan.
DANIAL HAZIQ, KONSISTENSI DAN KREATIVITI SEBAGAI CONTENT CREATOR
GLAM Lelaki tertarik dengan kandungan yang dikongsikan Danial Haziq melalui Instagram dan TikTok-nya. Ketahui serba sedikit mengenai Danial Haziq yang kini antara pencipta kandungan di Malaysia yang meraih perhatian.
5 TABIAT GROOMING YANG BUAT PENAMPILAN ANDA NAMPAK LEBIH MAHAL
Tabiat grooming yang betul boleh menaikkan aura gaya anda secara drastik. 5 cara mudah untuk kelihatan lebih mahal tanpa perlu boros.












