JAM TANGAN OCTO BUAT MODERN-DAY MEN
Pertama kali jam tangan Octo diperkenalkan pada 2014, ia sudah mencipta sejarah menjadi diantara jam tangan yang paling nipis. Kini, Bvlgari terus mencabar diri dengan melancarkan pula jam tangan Octo Finissimo Tourbillon Chronograph Skeleton Auomatic. Jam ini menyaksikan kehebatan Bvlgari dalam menyajikan sebi teknologi gerakan skeleton paling nipis bersama chronograph single-push and tourbillon. Uniknya, kesemua seni baru ilham artisan horologi Bvlagri mampu muatkan dalam sebuah bekas senipis 7.40mm! Tiada had yang diberikan pada pasukan di Bvlgari dalam melancarkan jam tangan Octo yang menandingi antara satu sama lain.

Jam Tangan Octo Finissimo Tourbillon Chronograph Skeleton Auomatic
“Tahun 2020 adalah detik penting di Bvlgari dimana ia menyaksikan jam tangan Octo Finissimo Tourbillon Chronograph Skeleton Auomatic dilancarkan dalam rekaan yang ulta-thin. Ini merupakan rekod dunia keenam buat Bvlagri! Pada awal Januari, kami sudah melancarkan Dubai Serpenti Seduttori Tourbillon yang mana ia adalah jam tangan tourbillon paling kecil di dunia. Ada juga Diva Finissima Minute Repeater yang menjadi jam tangan chiming terkecil ada di dalam pasaran sekarang. Complications and records are without genders at Bvlgari,” kongsi Jean-Christophe Badin, Ketua Pengarah Eksekutif Bvlagri.
Sejak enam tahun saga Octo ini dilancarkan, sudah banyak rekod dunia horologi yang mereka genggam. Ia terus melonjakkan lagi kehebatan Bvlgari yang diraikan sebagai Roman Jeweller! Mereka bijak dalam menggabungkan seni teknologi jam tangan bersama seni rekaan agar ia lebih kemas.
PAUTAN BERKENAAN: BULGARI OCTO FINISSIMO AUTOMATIC IALAH JAM SELF-WINDING TERNIPIS DI DUNIA!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.
JAM TANGAN MEWAH MELEWATI OSCAR 2025
Pada Anugerah Akademi ke-97, bukan sahaja fesyen pakaian yang menjadi tumpuan, tetapi juga aksesori mewah seperti jam tangan.
HENRY CAVILL WAJAH BAHARU LONGINES ELEGANCE
Aktor Henry Cavill membias gabungan kemewahan dan keaslian yang mencerminkan sepenuhnya kepercayaan Longines bahawa Elegance adalah Attitude.
5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM
Sebagai seorang penggemar fesyen dalam industri muzik, koleksi jam tangan mewah BamBam mempunyai keunikkan tersendiri.
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM
Jenama jam tangan mewah OMEGA memperkenalkan kempen media sosial terbaru untuk produk mereka, Speedmaster 38mm.
KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA
Luminox meraikan ulang tahun ke-35 dengan memperkenalkan tiga jam tangan Luminox 35th Anniversary Heritage Collection yang penuh legasi dan fungsi kecergasan terbaik.