KEBANGKITAN LEGENDA KLASIK CASABLANCA
Memasuki dasawarsa ketiga, Franck Muller terus maju mengolahkan kisah suksesnya sebagai salah satu rumah arloji independent yang tersohor dengan Casablanca.
Terkenal dengan ciptaan jam tangan inventif juga hadir rumit menerusi siri komplikasi yang diciptakan; paling utamanya Franck Muller dikenali menerusi himpunan arloji berbentuk tonneau yang eksklusif buat rumah arloji asal Geneva ini. Kerangka Cintrée Curvex™ yang melengkung dan memiliki kontur yang unik kembali hangat waktu Franck Muller mengolahkan interpretasinya pada tahun 1990-an sebagai salah satu jam tangan kontemporari.

Vanguard Casablanca serba legap
Barisan Vanguard Casablanca terkini tampil memperlihatkan evolusi daripada bentuk tonneau itu, sambil mengadaptasi palet serta penggayaan Cintrée Curvex Casablanca yang laris saat dilancarkan pada tahun 1998. Tatkala himpunan Vanguard diperkenalkan pada tahun 2014, Casablanca membuat penampilan sulungnya dengan V43 yang baru. Secara tidak langsung, mengisi jurang penciptaan casing antara saiz 41 mm dan 42.5 mm; namun ia eksklusif buat pasaran Asia Tenggara sahaja.

Vanguard Casablanca rona Salmon
Asalnya nama Casablanca diambil dari nama filem yang dipertontonkan pada tahun 1942, dibintangi oleh Humphrey Bogart dan Ingrid Bergman. Bertujuan untuk membangkitkan era petualangan kapal wap dan bandar pelabuhan nan eksotik, Casablanca tampil diolah dalam rincian angka Arab yang besar pada laman dail mendakap rona hangat retro seperti salmon dan karamel.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BELL & ROSS X RAFALE: KOLABORASI BERPRESTIJ
Bell & Ross memperkenalkan BR-03 Rafale Solo Display Chronograph edisi terhad, meraikan ketepatan, prestasi dan dunia aeronautik
VACHERON CONSTANTIN OVERSEAS: LEGASI HAUTE HORLOGERIE
Vacheron Constantin memperkenalkan Overseas Perpetual Calendar Ultra-Thin baharu; gabungan sporty, elegan dan kemewahan.
PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN
TUDOR Royal Biru tampil dengan pesona baharu yang memikat menggabungkan keanggunan klasik dan sentuhan moden untuk gaya maskulin.
5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!
Temui 5 jam tangan OMEGA paling ‘power’ untuk tahun 2025, yang pasti menarik perhatian para peminat jam mewah di Malaysia.
7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS
Patek Philippe Nautilus merupakan jam tangan paling rumit yang pernah dicipta oleh Patek Philippe dan hanya yang bertuah dapat memakainya.
JAM TANGAN CHOPARD TERBARU: KOLEKSI EKSKLUSIF DI WATCHES & WONDERS 2025
Chopard memperkenalkan koleksi jam tangan terbarunya di Watches & Wonders 2025, menampilkan rekaan mewah dan ketukangan tinggi.