JAEGER-LECOULTRE, KELAHIRAN SEMULA SATU IKON
Wajah baru Polaris Memovox citra Jaeger-Lecoultre diperkaya dengan sejarah ketukangan arloji nan unggul. Sekali gus punya susuk rupawan kontemporari yang dialiri keanggunan nada kesukanan.
Dipersembahkan secara edisi terhad sebanyak 1,000 utas, model Jaeger-LeCoultre ini dilengkapi fungsi loceng atau penggera khas yang terkenal menerusi jam tangan Memovox Polaris 1968. Demikian, jam tangan edisi ulang tahun ke-50 ini direka dengan tiga crown ikonik, yakni crown atas untuk menetapkan penggera, crown tengah bagi memutarkan lingkaran bezel dalaman dan crown bawah pula bagi menetapkan masa. Biasan sensasi vintaj pada laman dail mengadaptasikan susuk aslinya yang digarap tahun 1968 yang disuntik rona putih kekuningan Super-LumiNova, paparan indeks masa berbentuk trapezium serta segi tiga pada lingkaran bezel dalaman berfungsi sebagai penunjuk penggera.

Jaeger-LeCoultre Polaris Memovox
Dikuasakan oleh Kaliber 956 Jaeger-LeCoultre, ia ditampilkan kan mekanisme eksklusif bersiap dengan gong, bersama-sama jarum detik pada pusat dan sistem perubahan tarikh instant. Kaliber ini adalah warisan langsung pergerakan jam penggera automatik yang pertama dibuat oleh Jaeger-LeCoultre pada tahun 1950-an. Jenama arloji ini, sentiasa menambah baik terus memperkukuhkan posisinya agar tampil tepat, lasak dan berkebolehpercayaan yang unggul. Ini adalah salah satu penciptaan yang luar biasa sejak di reproduksi lebih dari 60 tahun selepas perkenalannya. Lantas, Jaeger-LeCoultre Polaris Memovox baru diperkemas dengan tali getah bergancu lipat baru dan tahan kalis air sehingga 200 meter.
CIRI-CIRI TEKNIKAL
Saiz : 42mm, keluli tahan karat
Pergerakan : gerakan mekanikal automatik, Jaeger-LeCoultre Kaliber 956
Rizab kuasa : 44 jam
Fungsi : jam, minit, saat, penggera, tarikh
Dail : bertekstur sunrayed hitam dan berkemasan opaline
Rintangan air : 200m

Jaeger-LeCoultre Polaris Memovox
oleh Zuhairie Sahrom
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 WATAK IKONIK DALAM FILEM ROMANTIK KOMEDI MALAYSIA
Watak ikonik dalam filem romantik komedi Malaysia menjadi daya tarikan kerana bukan sahaja menghiburkan, malah dekat dengan jiwa penonton.
BELL & ROSS X RAFALE: KOLABORASI BERPRESTIJ
Bell & Ross memperkenalkan BR-03 Rafale Solo Display Chronograph edisi terhad, meraikan ketepatan, prestasi dan dunia aeronautik
PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN
TUDOR Royal Biru tampil dengan pesona baharu yang memikat menggabungkan keanggunan klasik dan sentuhan moden untuk gaya maskulin.
LIMA SELEBRITI DADDY PALING ‘HOT’ DI MALAYSIA
Selamat hari bapa! Berikut adalah lima selebriti ‘daddy’ Malaysia paling ‘hot’ yang sering menjadi bualan ramai.
KOLEKSI ROLEX BERPRESTIJ TMJ TUNKU ISMAIL IDRIS
Koleksi jam tangan mewah, terutamanya Rolex milik TMJ Tunku Ismail Idris yang penuh elegan cukup untuk menggemburkan industri fesyen.
ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA
Zizan Razak telah menyertai G-Shock setelah diumumkan sebagai duta pertama G-Shock Malaysia pada tahun ini.