Legasi Nadi Legenda El Primero
Tampil lebih tangkas, licik dan lagi sporty; Zenith mempertontonkan pelapis generasi barisan Chronomaster Sport yang dilengkapi dengan Kaliber El Primero. Lalu, bisa mengukur putaran waktu dengan akurasi 1/10 detik.
Sekilas masa berlalu pantas. Demikian, sebilangan memori serta momen dalam kehidupan berginjak dalam sesaat. Penentuan rencana ini melibatkan fragmen masa seperti mengukur perlumbaan sengit menuju garisan penamat. Mahupun, meraih keputusan gerak hati di persimpangan kehidupan yang bakal membentuk masa depan.

Zenith senantiasa menemani para individu yang terus maju mengecapi cita-cita, lalu menemukan arah tujuan bersama sang legenda kronograf kaliber El Primero yang tangkas. Barisan Chronomaster Sport baharu ini melengkapi permintaan para pemuja arloji sedunia dengan spesifikasinya berupaya mengukur akurasi 1/10 detik.

Kelahiran semula Legenda
Koleksi Chronomaster Sport terbaru menandakan permulaan era baru buat kronograf bersusuk gaya sporty-chic Zenith yang klasik. Sekali gus, melintasi batas ketepatan frekuensi tertinggi, Chronomaster Sport adalah titik kemuncak legasi kronograf automatik Zenith yang tiada tandingan.
Di mana, ia membayangi spirit El Primero A386, juga formasi Chronomaster De Luca dan prestasi frekuensi tertinggi kemampanan kaliber El Primero selama lebih dari 50 tahun. Kronograf sporty ini dijulang baik dari gaya mahupun substansi.

Secara tidak langsung, ia memperkukuhkan masa depan lapangan pembuatan jam tangan. Zenith merentangkan asas kaliber El Primero dengan peningkatan prestasi yang ketara yang dapat dilihat oleh pemakainya.
Kaliber El Primero 3600 baharu menawarkan prestasi dan ketepatan yang lebih tinggi daripada pendahulunya, dengan skala masa 1/10 yang mudah dibaca pada paparan bezel seramik hitam; yakni satu-satunya jam tangan yang diproduksi seumpamanya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.











