Legasi Nadi Legenda El Primero
Dibina untuk Gerakan
Keunikkan legasi asal usul Chronomaster diterjemahkan dengan dail serta kemasan yang lebih terperinci. Termasuk sama, tali gelang keluli bersepadu dengan keselesaan yang dioptimumkan. Paling utamanya, model terbaru ini memaparkan proporsi bacaan sepersepuluh detik yang lebih teliti dengan keterbacaan yang jelas.
Case jam diperbuat dari keluli yang tegap berukuran 41 mm dengan penekan atau pusher kronograf bergaya pump-style. Lingkaran bezel seramik rona hitam berkemasan gilap ini mengukuhkan posisi Chronomaster Sport baharu ini daripada pendahulunya. Sukses mengukur akurasi 1/10 saat, perincian yang kontras menawarkan keterbacaan yang luar biasa di pinggir lingkaran bezel jam.

Chronomaster Sport hadir dalam dua referensi. Sama ada berlaman dail hitam atau putih. Kedua-duanya diperhalusi dengan rona trio signatur El Primero, yakni dalam rona biru, kelabu antrasit dan kelabu muda. Langsung, membayangi model A386 dari tahun 1969. Sementara itu, setiap kaunter dilengkapkan ke 60 untuk bacaan kronograf yang intuitif.
Selari dengan estetika modennya berbalas nadi klasik, Chronomaster Sport ini muncul bertali gelang keluli bersepadu mirip nukilan pembuat gelang logam terkemuka; Gay Frères. Di samping itu, pilihan tali getah bertekstur efek cordura berkancing keluli deployant juga disediakan.

Tags
Artikel Yang Berkaitan
BELL & ROSS BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS
Bell & Ross meneruskan momentum evolusi rangkaian BR-03 dengan perkenalan model terbaharu, BR-0R GMT GREEN LUM.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
RADO DIASTAR ORIGINAL SKELETON BAHARU, EKSPRESI BERANI WARNA MUSIM PANAS
Rado melancarkan siri DiaStar Original Skeleton dengan tiga warna musim panas bertenaga. Ketahui kehebatan enjin Swiss kaliber R808 di sini.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
ZENITH CHRONOMASTER SPORT SKELETON TONJOLKAN KEHEBATAN EL PRIMERO
ZENITH CHRONOMASTER Sport Skeleton di Watches and Wonders 2026 dengan dial skeleton moden yang memberi fokus pergerakan mekanikal El Primero.
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….











