OMEGA RAIKAN KOLEKSI PLANET OCEAN BAHARU DI CHONGQING, CHINA
OMEGA meneruskan pelancaran global bagi rekaan semula koleksi Planet Ocean dengan sebuah acara eksklusif di Chongqing, China. Bertempat di Yifang Art Museum, sebuah ruang seni dengan gabungan seni bina geometri moden dan elemen air semula jadi, acara ini menjadi pentas sempurna untuk memperkenalkan siluet baharu Planet Ocean yang diinspirasikan oleh lautan.
Signature Orange
Sinaran cahaya keemasan yang memantul pada permukaan air dan pencahayaan bertema lautan mewarnai suasana, menampilkan karakter signature orange OMEGA yang telah sinonim dengan koleksi Planet Ocean sejak 2005. Para pengunjung turut berpeluang melihat keseluruhan rangkaian generasi terbaru ini secara dekat, sambil menyelami pencapaian OMEGA dalam inovasi jam tangan.
Barisan Tetamu Eksklusif & Duta Jenama
Acara ini turut menyerlah dengan kehadiran dua duta baharu OMEGA iaitu Wei Daxun dan Song Weilong. Turut memeriahkan majlis ialah bintang Thailand Gulf Kanawut, penyanyi dan aktor Filipina Kyle Echarri, serta pelakon Enchong Dee, menjadikan sambutan ini penuh warna dan glamor.

Planet Ocean Baharu Dengan Evolusi Kontemporari
Duta OMEGA, Wei Daxun, turut berkongsi rasa bangga dapat bekerjasama dengan jenama yang kaya dengan warisan dalam pembuatan jam tangan. Manakala Song Weilong menyifatkan Planet Ocean sebagai jam tangan yang dekat dengan jiwanya kerana minatnya terhadap sukan menyelam sejak kecil.

Koleksi generasi ke-4 Planet Ocean kini tersedia secara global dalam tujuh variasi, hadir dengan pilihan warna biru, hitam dan jingga. Koleksi jam tangan ini juga hadir dengan gelang getah atau keluli tahan karat. Rekaan baharu ini mengekalkan gaya asal Planet Ocean. Namun begitui rekaan ini juga tampil dengan transformasi kontemporari yang menjadikannya sesuai untuk si pemakai masa kini.
Artikel Berkaitan: OMEGA KEMBALI MEWARNAI LANTAI “LUXURY” DI KLCC
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 DUTA JAM OMEGA YANG BERPENGARUH & IKONIK
Gabungan bintang Hollywood, atlet hebat dan ikon hiburan antarabangsa menjadikan lapan duta jam Omega ini antara yang diingati dan ikonik.
PARK BO-GUM KINI DUTA OMEGA, MEMAKAI KOLEKSI SEAMASTER PLANET OCEAN DALAM KEMPEN RASMI
Bagi Park, menjadi duta OMEGA merupakan satu penghormatan besar dan peluang berkongsi falsafah dan nilai jenama tersebut peringkat global.
KETAHUI 6 BINTANG THAILAND YANG PALING MENYERLAH SEPANJANG 2025
Tahun 2025 dipenuhi dengan bintang-bintang Asia seperti Thailand yang semakin hari semakin popular dengan bakat mereka.
TRIP GAYA JETSETTER: 6 KOTA ASIA YANG WAJIB DIKUNJUNGI JIKA SUKAKAN FESYEN & GAYA HIDUP ESTETIK
Kota-kota di Asia kini menjadi tempat pelancongan yang wajib dikunjungi lebih-lebih lagi buat penggemar fesyen.
GL PICKS: 9 JAM TANGAN LELAKI PALING ‘ON-TOP’ TAHUN INI
Sembilan jam tangan lelaki paling ‘on-top’ tahun ini. Gabungan gaya dan ketepatan masa untuk lelaki moden yang tahu nilai setiap detik.
5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!
Temui 5 jam tangan OMEGA paling ‘power’ untuk tahun 2025, yang pasti menarik perhatian para peminat jam mewah di Malaysia.












