Pesona Spektakuler Speedmaster Membintangi Spaceman
Spaceman Taruhan Nick
Spaceman si petualang pop kosmik, mempersembahkan artis dan pelakon yang pernah tercalon untuk Grammy dan Golden Globe ke dimensi kreativiti yang baru. Mempertarungkan evolusi muzik terkini, album yang digarap saat kuarantin ini mendukung elemen penjarakan fizikal, kontradiksi hawa nafsu, euforia serta komitmen. Spaceman yang juga merupakan judul album yang memuatkan 16 trek lagu versi deluxe ini merupakan album studio keempat. Sekali gus menandakan debut solo Nick selepas kehadiran album Last Year Was Complicated yang dipersembahkan pada tahun 2016.

Nick memanfaatkan iterasi terbaru jam tangan ikonik Speedmaster berkemasan Canopus Gold™.
Menerusi klip video yang diolah artistik mendukung tema eksplorasi ruang angkasa, OMEGA Speedmaster Master Chronometer Canopus Gold™ terbaru merupakan pendamping yang tepat bagi menerokai dunia ‘Spaceman’. Langsung, mengusung sejarah Speedmaster yang signifikan dalam penerokaan angkasa yang menjadi sebahagian daripada misi pendaratan AS sebanyak enam kali; di antara tahun 1969 dan 1972. Sehubungan itu, Nick juga merupakan selebriti pertama yang memanfaatkan iterasi terbaru jam tangan ikonik ini dalam kemasan Canopus Gold™ ciptaan Omega.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FOSSIL SIGNATURE CS-1, KEMBALINYA FOSSIL KE ARENA PEMBUATAN JAM TANGAN SWISS
Reka bantuk minimalis, identiti jelas, serta ketukangan jam tangan Switzerland menjadi tumpuan utama Fossil Signature CS-1.
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.











