SAMSUNG GEAR S3 LEBIH BERGAYA
Samsung baru-baru ini melancarkan jam tangan pintar SAMSUNG GEAR S3 yang menggabungkan reka bentuk menawan serta teknologi canggih mudah alih, dan boleh didapati dalam dua jenis iaitu Gear S3 dan Gear S3 klasik. SAMSUNG GEAR S3 ternyata memiliki spesifikasi hebat khusus buat mereka yang seringkali aktif melakukan kegiatan mencabar, mahupun mereka yang sentiasa bergerak.
SPESIFIKASI HEBAT
Skrin sesentuh SAMOLED lebih besar 1.3″ digunakan dengan resolusi 360×360 pixel, malah kaca Corning Glass SR+ digunakan bagi memastikan ia tahan calar dan pecah ketika digunakan. Untuk paparan permukan, skrin ini menyokong paparan Always On Display di mana ia akan menyala semula apabila mengesan pergerakan tangan.
Disertakan dengan RAM sebesar 768 Megabyte dan storan 4 Gigabyte, adalah untuk simpanan storan aplikasi dan menyimpan fail muzik MP3. Yang menariknya, bateri 380 mAh digunakan dan ini merupakan peningkatan berbanding 250 mAh pada Gear S2. Gear S3 juga menggunakan sistem operasi Tizen Based Wearable Platform 2.3.1.
REKA BENTUK MENARIK
Pada pandangan kami, GEAR S3 ini nampak lebih ranggi, tahan lasak dan agresif. yang mensasarkan kepada golongan yang gemar melakukan aktiviti luar. Dua butang pada sisi kanan digunakan sebagai butang home merangkap butang kuasa dan butang back seperti pada peranti Android biasa. Sistem bezel berputar digunakan untuk melakukan navigasi pada antaramuka. Dengan tawaran sistem ini pengguna tidak perlu sentiasa menyentuh bahagian skrin sekaligus mengurangkan kekotoran dan cap jari.
Selain itu, aplikasi Samsung Gear juga telah dikemaskini bagi memudahkan pengguna melihat maklumat yang diperlukan, antaranya menunjukkan tahap bateri serta anggaran hayat peranti, ruangan storan dan penggunaan RAM.
Kedua-dua Gear S3 Frontier dan edisi klasik sudah mulai dijual harga RM1,399 di semua kedai Samsung serta pengedar-pengedar sah di seluruh Malaysia.
Ulasan dari GLAM LELAKI:
“Gear S3 sangat mudah dan selesa digunakan. Antara mukanya mudah difahami dengan sistem navigasi mesra pengguna. Cukup sesuai buat mereka yang sering bergerak dan aktif, malah menyerlahkan personaliti seseorang. Totally recommended”, – Wan Mohd Firdaus, Penulis WEB (glamlelaki.my)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI TWILIGHT KE BATMAN, INI BARISAN FILEMOGRAFI IKONIK ROBERT PATTINSON
Mari imbas kembali enam karakter ikonik lakonan Robert Pattinson dalam filemografi sepanjang karier lakonannya.
JEFF SATUR KEMBALI DENGAN SINGLE TERBAHARU GRIEF EATERS
Jeff Satur kembali dengan Grief Eaters, mengangkat kisah cinta dan kehilangan serta menandakan era baharu bersama Universal Music.
OUR NEW JAMES BOND! ROBERT PATTINSON DIUMUMKAN SEBAGAI PELAKON 007 BAHARU
Robert Pattinson secara rasmi diumumkan sebagai pemegang watak utama buat filem 007, James Bond yang baharu.
YANG CHAO-YUE & DONG SI-CHENG BINTANGI DRAMA ROMANTIK BAHARU, SUNSHINE THROUGH THE RAIN
Yang Chao-yue dan Dong Si-cheng membintangi drama romantik China, Sunshine Through The Rain yang sarat emosi di Netflix.
GOTEWELL FESTIVAL BAKAL MENGHIDUPKAN SEMANGAT FITNESS DI SENTUL DEPOT!
Gotewell memperkenalkan Gotewell Festival, acara destinasi di Sentul Depot bagi setiap pencinta kesihatan dan kecergasan.
MELON MUSIC AWARDS 2026: MALAM GEMILANG BUAT BINTANG K-POP
Melon Music Awards kembali untuk tahun 2026, dengan barisan artis Korea yang diraikan sepanjang tahun ini.














