TAKLUKAN CONQUEST V.H.P. OLEH LONGINES
Jenama jam terkemuka, Longines adalah antara jenama jam yang eksklusif dan berada di kelasnya tersendiri dalam penghasilan jam tangan kuarza. Dan kini Longines memanfaatkan kepakaran yang cemerlang dalam teknologi kuarza bagi mewujudkan jam tangan berketepatan tinggi iaitu Conquest V.H.P. (Very High Precision) yang serba baru dan mewah.
Koleksi ini merupakan satu lagi catatan peristiwa penting dalam sejarah jam tangan kuarza, di mana ia menggabungkan ciri-ciri jam tangan pintar pada hari ini, seperti ultra-precision, kecanggihan teknikal serta sporty, tanpa sebarang kelemahan bagi memelihara keanggunan dan pesona elegance jenama ini.
Yang istimewa tentang jam ini? Model ini terbina dengan satu sistem yang menyelaraskan semula jarum-jarum jam setelah terdedah kepada kejutan atau medan magnet. Conquest V.H.P adalah antara yang pertama di dunia menjamin simpanan masa yang tepat selari dengan pergerakan kuarza generasi baru.
Dan baru-baru ini, 100 media terpilih dari segenap dunia dijemput untuk menyaksikan detik bersejarah ini. Koleksi baru ini telah dilancarkan di Balai Cerap Neuchâtel, di mana jam kuarza yang pertama dengan ketepatan mutlak dibangunkan pada tahun 1954.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2026, “VISI KREATIF” – M. SHAFFUAN
Sebagai pengarah kreatif generasi baharu, M. Shaffuan hadir dengan bakat, idea segar serta perspektif kreatif yang sentiasa melangkaui kebiasaan.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE TASTEMAKER” – ZAID ARIF
Setelah lebih sedekad meniti dunia fesyen lelaki moden, Zaid Arif, pengasas Zeve, membuktikan bahawa dunia kreatifnya tidak terhad kepada satu cabang.
GL THE MAN AWARDS 2026, “BRAND OF THE YEAR” – ALL LOVE
Dengan identiti segar dan pendekatan yang seiringan dengan budaya lelaki moden, ALL LOVE kini menjadi antara jenama tempatan yang cukup dekat dengan generasi muda.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN
Nama yang sememangnya semakin besar dalam dunia lakonan, Mierul Aiman juga aktif dalam dunia fesyen dengan jenamanya, DreamKid.
GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR
Ketekunan Ashraf Anuar menjadi peneraju utama disebalik kejayaan SVG Worldwide.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR
YM Tengku Bakar hadir dengan penuh gaya tersendiri, menjadikannya salah seorang lelaki berpengaruh dalam dunia fesyen.
















