Temu ramah eksklusif bersama Romain Marietta, Ketua Produk Zenith
Romain, kongsikan komen anda mengenai perkembangan terbaru yang membawa kepada pelbagai rilis baru pada tahun ini?
Barisan Chronomaster sudah menjadi salah satu lambang sukses Zenith, mereferensi warisan rumah arloji ini sambil menolak batas sempadan kreasi arloji. Hari ini, Zenith sudah memperlihatkan kepelbagaian rekaan dari model Chronomaster Revival, Chronomaster Sport serta Chronomaster Klasik. Tahun 2021 khususnya, direncanakan untuk mengangkat kehebatan Chronomaster. Kami meneguhkan kembali posisi sebagai master kronograf automatik berfrekuensi tinggi bersama perkenalan Chronomaster Sport serba baru. Menggabungkan tahap prestasi dan ketepatan bersama keunggulan susuk rekaan ikonik Chronomaster.
Disempurnakan dengan kaliber terkini El Primero 3600 yang legendaris, koleksi Chronomaster Sport ini adalah permulaan babak terbaru buat Zenith. Kaliber hebat ini berkemampuan untuk menghitung pengukuran masa dalam pecahan sesaat. Sambil membawa identiti uniknya lagi tersendiri. Hasilnya kami memperlihatkan satu kreasi menjunjung kecemerlangan kronograf kontemporari lagi versatil. Namun, Chronomaster tidak tampil bersendirian, di mana Zenith juga memperkenalkan DEFY Extreme, DEFY 21 Felipe Pantone, DEFY 21 Ultrablue , dan siri DEFY 21 Spectrum. Kemudian, kami mempersembahkan Defy 21 Urban Jungle yang mana menyatukan bahan berinovatif dan berprestasi tinggi dengan nadi pergerakan yang terhebat saat ini; merangkumi pecahan saat 1/100 dari kronograf dalam seramik hijau untuk julung kalinya.
Pada pendapat anda bagaimana model-model baru yang dilancarkan ini bakal membantu Zenith mengatasi cabaran masa depan dalam industri ini?
Bagi saya, ia bukanlah mengenai perkenalan produk terkini semata-mata. Bahkan berkait sama dengan pemikiran seseorang individu itu selain mengekalkan momentum yang berterusan. Saat pandemik sedang menggila, kami dalam perencanaan untuk perkenalan kreasi juga penceritaan terbaru. Namun, disebaliknya, penekanan beralih untuk terus fokus agar dapat menyesuaikan diri melangkaui waktu kegusaran. Tahun demi tahun kami menumpukan perhatian pada pengembangan produk, juga penyelidikan dan memperoleh keputusan yang memuaskan. Oleh yang demikian, pada saat ini pola pemikiran kami di Zenith terus terhubung dan memfokuskan sepenuhnya pada inovasi dan kreativiti. Sekalipun, dilanda pelbagai cabaran, Zenith pada tahun ini masih mengagumkan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.
JAM TANGAN MEWAH MELEWATI OSCAR 2025
Pada Anugerah Akademi ke-97, bukan sahaja fesyen pakaian yang menjadi tumpuan, tetapi juga aksesori mewah seperti jam tangan.
HENRY CAVILL WAJAH BAHARU LONGINES ELEGANCE
Aktor Henry Cavill membias gabungan kemewahan dan keaslian yang mencerminkan sepenuhnya kepercayaan Longines bahawa Elegance adalah Attitude.
CASIO LANCAR JAM TANGAN CINCIN PENUH UNIK
Casio Computer Co., Ltd. telah melancarkan Casio Ring Watch CRW-001, jam tangan gaya cincin pertama syarikat ini.
5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM
Sebagai seorang penggemar fesyen dalam industri muzik, koleksi jam tangan mewah BamBam mempunyai keunikkan tersendiri.
KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY
Duta jenama G-SHOCK, ITZY kini kembali dengan kolaborasi kedua sempena pelancaran GMD-S5610IT yang ditambah baik.