10 MOGUL KECANTIKAN BERSTATUS BILIONAIR PALING BERJAYA DI DUNIA
Bernard Arnault merampas takhta ‘lelaki terkaya dunia’ daripada Elon Musk awal tahun ini sebelum ia kembali kepada pengasas Tesla itu bulan lalu. Di kalangan wanita pula, Françoise Bettencourt Meyers mendahului carta bilionair berjaya selama bertahun-tahun.
Bagaimanapun Bernard Arnault dan Françoise Bettencourt mempunyai satu persamaan. Kedua-dua bilionair ini merupakan pemilik empayar kecantikan - LVMH dan L’Oréal. Sektor kecantikan menjana pendapatan sekitar RM1.99 trilion tahun lalu dan diramal berkembang pesat sebanyak enam peratus setahun. Bisnes kecantikan bukan sahaja menjana keuntungan besar setiap tahun tetapi turut menghasilkan barisan bilionair terkenal dunia.