10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA
Kini semakin ramai selebriti wanita yang terbuka dengan konsep ‘perigi mencari timba’.
Daripada menunggu lamaran cinta hati yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun, barisan selebriti ini membuat keputusan melamar sendiri teman lelaki untuk dijadikan pasangan hidup.
Trend ini dianggap biasa di Hollwood dan kini semakin berkembang di Malaysia. Dan ya, ia bukanlah sesuatu yang memalukan.
Dalam zaman yang semakin mencabar, wanita kini semakin berani dan tahu apa dimahukan dalam hidup. Mereka berhak memilih calon suami terbaik untuk memimpin rumah tangga dan keluarga.
Jadi tentunya ‘merugikan’ apabila terpaksa melihat jejaka idaman terlepas ke tangan wanita lain. Apa yang mereka perlu lakukan hanyalah bertindak dan memulakan langkah pertama.
GL bariskan selebriti wanita yang mengutarakan lamaran kepada suami mereka
1. Nabila Huda & Mohd Izwan Johar

Foto: Instagram
Selepas lapan tahun berumah tangga, hanya baru-baru ini Nabila Huda mendedahkan bahawa dia yang melamar suaminya. Ketika itu Mohd Izwan Johar tidak begitu berminat untuk berkenalan dengannya kerana dia bergelar selebriti.
Melihatkan penerimaan anak tunggalnya Keisha Laila, Nabila nekad menjadikannya suami walaupun terpaksa menunggu dua tahun atas permintaan Izwan sendiri.
Pasangan itu akhirnya disatukan sebagai suami isteri pada Disember 2015.
2. Britney Spears & Kevin Federline

Foto: Getty Images
Pasangan ini sedang dalam perjalanan dari Ireland menuju New York ketika Britney Spears melamar Kevin Federline pada 2004.
“Secara tiba-tiba saya bertanya, ‘Awak mahu berkahwin?’. Dari situ entah bagaimana saya melamarnya untuk mengahwini saya,” kata Britney.
Mereka melangsungkan perkahwinan tidak lama kemudian namun bercerai pada 2007.
3. Rita Ora & Taika Waititi
Foto: WireImage
Rita Ora melamar suaminya pada 2022 ketika mereka sedang bercuti di Palm Springs, California. Aktor dan pembikin filem itu terus bersetuju tanpa ragu.
Pasangan itu berkahwin secara rahsia di kediaman mereka di Los Angeles pada Ogos 2022 hanya beberapa minggu selepas Rita melamar.
4. Kristen Bell & Dax Shepard
Foto: Getty Images
Pasangan popular ini enggan mengikat tali perkahwinan sehinggalah semua orang mempunyai hak untuk berkahwin dengan pasangan dicintai.
Justeru apabila Mahkamah Agung meluluskan Defense of Marriage Act iaitu rang undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis di California pada 2013, Kristen Bell mengutarakan lamaran di Twitter.
“@daxshepard1 will you marry me? Xo #marriageequality #loveislove,” dia menulis. Jawapan Dax Shepard, “Yes!!!”
5. Elyana & Khairul Anuar Husin

Foto: Instagram
Penyanyi ini mendedahkan dia yang memulakan langkah melamar suami bagi memenuhi impian membina keluarga.
Akuinya, dia bercita-cita berkahwin awal dan menjadi ibu muda. Sekali gus tidak kisah dengan gelaran ‘perigi cari timba’.
Pasangan itu berkahwin pada November 2010 ketika Elyana berusia 23 tahun. Mereka kini dikurniakan dua cahaya mata.
6. Jodie-Turner Smith & Joshua Jackson
Foto: Getty Images
Dalam rancangan The Tonight Show, Joshua Jackson mendedahkan Jodie Turner-Smith melamarnya dalam suasana romantis di Nicaragua.
Model dan aktres itu melamar ketika mereka mengambil angin di tepi pantai pada malam tahun baru 2020. Menurut Joshua, menerima lamaran itu adalah keputusan terbaik yang pernah dilakukannya dalam hidup.
Pasangan itu dikurniakan cahaya mata, Juno pada April 2020. Mereka kini dalam proses bercerai.
7. Jennifer Hudson & David Otunga
Foto: Getty Images
Lima bulan selepas David Otunga melamar pada ulang tahun tahun kelahiran Jennifer Hudson, penyanyi itu turut membalas budi.
Dia melamar teman lelakinya itu pada hari jadinya lengkap dengan cincin berlian lima karat. Mereka mengumumkan perpisahan pada 2017 selepas 10 tahun bersama.
8. Pink & Carey Hart
Foto: AP
Pink meminta pelumba motocross, Carey Hart untuk mengahwininya pada 2005 ketika sedang dalam perlumbaan pusingan terakhir Pro 25.
Sewaktu memulakan pusingan ketiga di trek, Pink menayang papan pit yang tertera, ‘Will You Marry Me?’. Pelumba itu tidak berhenti dan tetap meneruskan perlumbaan, lalu Pink menayang satu lagi papan dengan perkataan, ‘Serious!’.
Carey menerima lamaran penyanyi itu dan mereka melangsungkan perkahwinan di Costa Rica pada 2006. Kini mereka dikurniakan dua cahaya mata, Willow Sage dan Jameson Moon.
9. Elizabeth Taylor & Micheal Wilding
Foto: Getty Images
Dalam tujuh perkahwinan, Elizabeth Taylor pernah sekali mengutarakan lamaran iaitu kepada suami keduanya, Micheal Wilding.
Elizabeth melamar aktor Britain itu ketika berlakon bersama dalam sebuah filem di England pada 1952. Mereka menimang dua cahaya mata sebelum membuat keputusan bercerai pada 1957.
10. Diane Von Furstenberg & Barry Diller
Foto: WireImage
Menariknya, Barry Diller pernah melamar Diane Von Furstenberg beberapa kali namun ditolak sebelum pereka fesyen ini mengubah pendiriannya mengenai perkahwinan.
“Sampai satu ketika, saya tidak tahu hadiah apa yang ingin diberi pada hari jadinya. Jadi saya berkata, ‘Kalau awak mahu, sempena ulang tahun kelahiran tahun ini, saya akan berkahwin dengan awak,’” katanya pada 2001. Barry bersetuju.
Foto: Getty Images/Instagram
Pautan berkaitan: 5 SELEBRITI INI MEMEGANG STATUS BAPA SEBELUM MENCECAH USIA 20 TAHUN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KHAI BAHAR KONGSI RAHSIA TUBUH BEROTOT
Khai Bahar cukup dikenali dengan suara yang memukau hati pendengar, kini mencuri perhatian dengan tubuh berotot baru.
M SOCIAL RESORT PENANG: DESTINASI STAYCATION MESTI INAP
Millennium Hotels and Resorts (MHR), jenama terkemuka dalam industri hospitaliti, memperkenalkan hartanah ketujuhnya, M Social Resort Penang.
3 DRAMA MEERQEEN DENGAN RATING TERTINGGI DI MALAYSIA
Nama Meerqeen semakin kukuh sebagai pelakon lelaki yang berbakat dan versatil. Dengan aura yang tersendiri, wajah tampan dan lakonan yang penuh emosi, setiap drama yang dibintanginya sentiasa mendapat perhatian peminat
5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD
Nabil Ahmad bukan sahaja dikenali sebagai pengacara berbakat dan pelawak versatil, tetapi juga dengan gaya uniknya.
RAMADAN: SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENUNAIKANNYA?
Ramadan semakin hampir, membawa bersama keberkatan dan keampunan. Namun, adakah anda benar-benar bersedia?
ALIFF AZIZ: SEORANG LELAKI YANG SEMAKIN MATANG
Dari bintang di pentas hiburan hingga menjadi bapa, Aliff Aziz adalah bukti bahawa setiap lelaki boleh berubah kepada lebih baik.