FARID KAMIL TIDAK LAGI BERGELAR DATUK
Empat tahun lalu, Farid Kamil dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Dan semalam, tersebar berita mengatakan gelaran Farid Kamil telah pun ditarik balik dan dibatalkan.
Menerusi pengumuman setiausaha kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, tarikh surat penarikan balik Darjah Indera Mahkota Pahang yang dikurniakan kepada pelakon dan pengarah itu berkuatkuasa 1 Februari lalu.
Dia menjelaskan, penarikan darjah kebesaran itu sebagai menjunjung titah perintah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Dengan ini dimaklumkan Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama ditarik balik dan dibatalkan serta merta.”
Justeru, penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang–Bintang Negeri Pahang,” katanya.
Farid Kamil dikurniakan gelaran Datuk sempena Keputeraan Sultan Ahmad Shah pada 2017. Namun pada 2018, dia mencetuskan kontroversi kerana menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap anggota polis dengan niat menghalang tugas. Akibatnya, dia dijatuhkan hukuman penjara 13 bulan Jun tahun lalu.
Selain Farid Kamil, penerbit Noruliman A Rahman yang dikenali sebagai Boy Iman juga mengalami nasib yang sama.
Dia didenda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Majistret pada 6 Januari lalu kerana gagal mematuhi perintah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berjumlah RM12,000 pada 2018.
Foto: Nurul Syazana Rose Razman
Pautan berkaitan: PUTERA HARRY BERHARAP GELARAN KETENTERAANNYA DIKEMBALIKAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD
Nabil Ahmad bukan sahaja dikenali sebagai pengacara berbakat dan pelawak versatil, tetapi juga dengan gaya uniknya.
ALIFF AZIZ: SEORANG LELAKI YANG SEMAKIN MATANG
Dari bintang di pentas hiburan hingga menjadi bapa, Aliff Aziz adalah bukti bahawa setiap lelaki boleh berubah kepada lebih baik.
NIK RIFA’IE: WAJAH UTAMA GL GANG & MENYELAMI KREATIVITI BINTANG BERBAKAT BESAR
Nik Rifa'ie yakin bahawa inisiatif ini akan membawa inspirasi kepada ramai, sekaligus membuka peluang baru.
5 DRAMA TERBAIK LAKONAN RAJA ATIQ
GLAM Lelaki senaraikan lima drama terbaik lakonan Raja Atiq yang telah mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai bintang drama Malaysia.
JEFRI NICHOL CIUM MESRA AMEERA KHAN
Pasangan hangat bercinta aktor Jefri Nichol dan Ameera Khan meragut perhatian dengan adegan mesra sehingga mengundang rasa tidak senang.
TAHNIAH! JOSHUA FITTON DAN SITI SALEHA SAH BERGELAR SUAMI ISTERI
Pereka fesyen Joshua Fitton dan aktres terkenal, Siti Saleha telah melangsungkan majlis dalam satu acara tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat.