Skip to content

5 FAKTA MENGENAI JORDAN BECKFORD, SATU-SATUNYA ZURIAT SUPERMODEL TYSON BECKFORD

5 FAKTA MENGENAI JORDAN BECKFORD, SATU-SATUNYA ZURIAT SUPERMODEL TYSON BECKFORD

Kongsikan artikel ini

Model tampan berdarah kacukan, Tyson Beckford mendominasi pentas peragaan global pada tahun 90-an.

Namanya masyhur sebagai model lelaki Ralph Lauren Polo malah pernah dinobat sebagai model terbaik VH1 pada 1995. Namun apa yang lebih penting, Tyson Beckford berjaya mencetus perubahan di pentas peragaan buat generasi akan datang. Rupa paras eksotiknya adalah hasil kacukan bapanya yang berdarah campuran Jamaica dan Cina serta ibunya yang berketurunan Panama.

Model berusia 53 tahun ini mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Jordan Beckford yang tidak asing lagi dalam dunia peragaan. Mungkin ramai menyangka jejaka berusia 25 tahun ini meraih populariti dengan mengikut jejak langkah bapanya. Namun hakikatnya dia mencipta nama dengan menceburi industri muzik terlebih dahulu.

Ayuh kenali lebih lanjut anak supermodel terkenal 90-an, Tyson Beckford ini.

4 of 5

Like Father, Like Son

Walaupun Tyson Beckford memiliki ‘rekod emas’ dalam bidang peragaan sejak tiga dekad lalu, anaknya tidak kurang hebatnya. Perjalanan sulung Jordan Beckford bermula pada 2018 di samping Winnie Harlow, Hailey Baldwin dan aktor Maggie Jiang untuk pertunjukan fesyen kolaborasi Tommy Hilfiger dan Lewis Hamilton di Shanghai, China. Dia turut membintangi kempen butik Traffic Los Angeles dan Zara SRPLS. Pertunjukan minggu fesyen pertamanya adalah di Paris pada 2019, diikuti Minggu Fesyen New York untuk Kid Super dan Casablanca. Dia pernah muncul dalam GQ Style China di samping bapanya, juga dalam majalah Schön! yang dirakam oleh Theo White.

Jordan Beckford tyson Beckford

Foto: GQ Style China

4 of 5

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR

5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
aniq aqil model

ANIQ AQIL, “BERSIKAP BAIK KEPADA SEMUA ORANG, KEKAL RENDAH DIRI.”

Bacaan Lanjut
mierul aiman glam lelaki

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut
PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN

PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN

Bacaan Lanjut
ridzman glam lelaki

GL THE MAN AWARDS 2025, “GAME CHANGER”-RIDZMAN ZIDAINE

Bacaan Lanjut
pipi razi

GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-PIPI RAZI

Bacaan Lanjut