Skip to content

jazmy juma

Kongsikan artikel ini

Sebagai pelakon muda yang sedang meningkat naik, Jazmy Juma mula menempa nama sejak berlakon dalam drama Nuh & Nayla dan Hilang Dalam Rindu. Dengan bakat semula jadi dan keikhlasan menyelami watak, Jazmy membuktikan dirinya sebagai bintang baharu yang perlu diperhati dalam industri hiburan Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jazmy juma (@jazmyjuma)

Boleh kongsikan sedikit tentang perjalanan anda dalam bidang lakonan? Apa yang mendorong anda untuk bermula?

Saya mula menceburi bidang lakonan kerana saya tertarik dengan bagaimana seni boleh menghidupkan emosi dan perasaan, serta membolehkan saya merasai pengalaman berbeza daripada setiap watak yang dibawa. Apa yang memotivasikan saya untuk terus maju ialah apabila saya melihat bagaimana sebuah karya boleh menyentuh hati ramai orang, memberi pengajaran, dan mengubah hidup seseorang ke arah yang lebih baik. 

Secara jujur, setiap watak yang saya lakonkan banyak mengubah diri saya, menjadikan saya seorang yang lebih baik. Bagi saya, ini sangat bermakna kerana ia menekankan pentingnya konsep “memperbaiki diri”, sambil bersedia menghadapi hari-hari yang mendatang.

Bagaimana anda menggambarkan gaya peribadi anda? Adakah ia berubah dari masa ke masa?

Gaya peribadi saya lebih kepada ringkas dan bersih. Saya gemar potongan pakaian yang kemas, sama ada regular atau loose. Warna solid dan ton warna yang tidak berlebihan lebih selesa untuk saya. Dahulu saya cuba mengikuti trend, tetapi kini saya lebih fokus pada apa yang membuat saya rasa selesa dan autentik. Gaya yang benar-benar mencerminkan diri saya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jazmy juma (@jazmyjuma)

Bagaimana anda mengikuti perkembangan fesyen lelaki?

Saya mengikuti perkembangan gaya melalui pemerhatian editorial fesyen, runway, watak filem, dan juga orang di sekeliling saya. Fesyen berubah dengan sangat cepat, tetapi saya memilih untuk menyesuaikan hanya apa yang selari dengan identiti diri saya.

Adakah terdapat trend atau aksesori fesyen tertentu yang kini menarik perhatian anda?


Saya kini tertarik dengan aksesori minimal seperti jam tangan, cincin halus, dan cermin mata dengan bingkai nipis. Bagi saya, prinsip “less is more” masih relevan dan elegan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OSA Creatives (@osacreatives)

Boleh ceritakan tentang projek kerja yang paling berkesan bagi Jazmy?


Setiap projek yang saya jalankan mempunyai momen yang unik dan sukar untuk dilupakan. Setiap watak yang diterima saya akan mendalami dan meneliti watak tersebut sepenuhnya sebelum masuk set. Pengalaman di lokasi penggambaran memberi banyak ilmu baharu yang saya belum pernah tahu atau dengar sebelum ini.

Namun, antara karya paling bermakna ialah projek saya bersama TV3 yang berjaya mencapai 1.5 bilion tontonan. Ia bukan sekadar angka. Pengalaman bekerja secara intensif, membina watak dengan method acting, dan melihat impaknya kepada penonton menjadikannya pengalaman yang sangat berharga.

Apakah nasihat yang akan Jazmy berikan kepada pelakon-pelakon baharu?


Jujurlah dengan emosi sendiri. Pelajari manusia, bukan sekadar skrip. Cuba hayati dan rasai pengalaman watak dengan penuh keikhlasan. Kekalkan disiplin, hormati set penggambaran dan rakan sekerja, serta jangan takut untuk menunjukkan kelemahan semasa proses mendalami watak.

Siapakah inspirasi Jazmy?

Saya terinspirasi oleh individu yang bekerja dengan integriti, sepenuh hati, komited, dan kreatif. Seperti pengarah, penulis, dan pelakon yang menekuni seni mereka tanpa bergantung kepada gimik. 

Dalam hidup, ayah saya juga menjadi sumber inspirasi kerana beliau menunjukkan erti usaha yang konsisten. Selain itu, pelakon-pelakon senior di Malaysia turut menjadi inspirasi saya kerana setiap senior yang pernah saya bekerja bersama sering membuka mata saya melalui kata-kata, pendapat, dan nasihat mereka.

Apakah projek terbaru anda?

Saya sedang bersiap untuk beberapa watak iaitu Aslan, Eijaz, dan dua lagi watak yang berbeza serta mencabar bagi saya. Keempat-empat watak ini unik: Aslan seorang ambivert yang hidup dalam zon kelabu, manakala Eijaz terperangkap dalam trauma kehilangan pasangannya. Projek ini berlatar dunia moden dengan ton yang lebih gelap.

Siapakah jenama atau individu impian anda untuk bekerjasama?

Saya berminat bekerjasama dengan jenama yang menghargai storytelling visual, jenama yang mempunyai identiti kuat dari segi gaya dan jiwa editorial. Dalam industri fesyen dan reka bentuk, saya suka bekerja dengan jenama yang kreatif dan berani bereksperimen.

Apakah yang Jazmy mahu capai sebelum mencecah usia 35 tahun?

Saya mahu menghasilkan karya yang bukan sahaja popular tetapi juga berkualiti dan memberi nilai, kerana setiap karya yang saya hasilkan akan ada pengulangan, dan saya berharap setiap pengulangan itu dapat dihargai, dirasai, dan memberi inspirasi kepada penonton. Selain itu, inshaAllah saya ingin mengembangkan sisi perniagaan keluarga dan mewujudkan ruang kreatif saya sendiri.

Artikel berkaitan: ARABELLA ELLEN, GADIS MUDA SEMAKIN MENYERLAH

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

pelakon lelaki glam lelaki

5 BAKAT BAHARU YANG DIJANGKA “GOING BIG” PADA 2026

Bacaan Lanjut

KETAHUI 6 SELEBRITI LELAKI PALING MENYERLAH 2025

Bacaan Lanjut
THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI

THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI

Bacaan Lanjut
JAY ISKANDAR INGIN CUBA WATAK LOVERBOY PULA SELEPAS INI

JAY ISKANDAR TERINGIN CUBA BERLAKON WATAK ‘LOVERBOY’

Bacaan Lanjut
kamal adli uqasha

KETAHUI 5 PERKARA MENGENAI PELAKON ‘HERO ROMANTIS’ KAMAL ADLI

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR NAFIS

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR NAFIS

Bacaan Lanjut