Skip to content

ATURAN CINTA TOM CRUISE & SHAKIRA

ATURAN CINTA TOM CRUISE & SHAKIRA

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Tom Cruise Mengatur Langkah Memikat Shakira

Sumber lain mendedahkan bahawa pemenang tiga trofi Golden Globes itu amat tertarik dengan Shakira sehingga dia menghantar sejambak bunga kepadanya. Sehari sebelumnya, Tom Cruise dan penyanyi Colombia itu meluangkan masa bersama dan meninggalkan grid permulaan F1 lebih awal daripada jangkaan untuk bersendirian.

Kedua-duanya dibawa keluar dari trek oleh pengawal keselamatan sebelum perlumbaan dimulakan. Mereka kemudiannya memasuki kamar VIP dan dirakam berbual mesra sambil tertawa. Turut berada di samping mereka adalah salah seorang anak Shakira. Momen itu berjaya dirakam seorang peminat sebelum dikongsikan di TikTok.

Tom Cruise, Shakira

Foto: TikTok

Shakira kini dilaporkan menetap di Miami setelah berpisah dengan Gerard Pique. Hasil perkongsian hidup selama 12 tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Milan, 10, dan Sasha, 8. Tom Cruise pula memiliki dua anak angkat – Isabella, 30, dan Connor, 28 daripada perkahwinannya dengan Nicole Kidman. Anak kandungnya yang dikongsinya dengan Katie Holmes, Suri kini berusia 17 tahun.

Wanita terakhir yang dikatkan dengan Tom Cruise adalah pelakon gandingannya dalam Mission: Impossible 7, Hayley Atwell. Mereka dilaporkan berpisah buat kali pertama pada September 2021 dan kali terakhir pada Jun 2022.

Foto: Twitter

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: 2 FILEM TOM CRUISE YANG MENAWARKAN BAYARAN MELEBIHI RM400 JUTA

2 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 FILEM IKONIK LAKONAN DIANA DANIELLE

5 FILEM IKONIK LAKONAN DIANA DANIELLE

Bacaan Lanjut
Transisi Mega: Mark dan Ten Mencipta Identiti Baharu

TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU

Bacaan Lanjut
NAIM DANIEL : 5 LAGU TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI

5 LAGU TERBAIK NYANYIAN NAIM DANIEL PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
MASIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI BERMAIN SELAMAT

MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’

Bacaan Lanjut
fitness glam lelaki

INSPIRASI FIT & SIHAT 2026, SAY SHAZRIL, FAZZIQ MUQRIS, IKMAL AMRY SEBAGAI INSPIRASI.

Bacaan Lanjut
mierul aiman glam lelaki

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut