Skip to content

BERKELAKUAN BURUK, SHIA LABEOUF DISINGKIR DARIPADA PROJEK FILEM TERBARU

Kongsikan artikel ini

Sudah jatuh ditimpa tangga! Begitulah nasib pelakon, Shia LaBeouf ketika ini. Baru beberapa minggu disaman oleh bekas teman wanita, FKA Twigs, dia kini disingkirkan pula daripada projek filem terbaru bertajuk Don’t Worry Darling.

 

Pelakon ini diuji bakat oleh pengarah yang juga pelakon, Olivia Wilde dan berjaya memegang peranan utama tetapi tidak lama kemudian, wataknya digantikan oleh Harry Styles atas alasan “konflik jadual”.

Namun Khamis lalu, Variety melaporkan bahawa pelakon yang tidak pernah sunyi daripada kontroversi ini sebenarnya disingkirkan daripada filem tersebut.

Walaupun penggambaran belum bermula ketika itu, sumber terdekat mengatakan Shia berkelakuan buruk dan sikapnya bertentangan dengan kru serta pelakon lain termasuk Olivia yang akhirnya memecatnya.

 

olivia wilde fired shia labeouf from don't worry darling

Foto: PerezHilton

 

“Konflik jadual tidak pernah berlaku. Pernah lihat berapa banyak filem Margot Robbie ditayangkan? Pelakon boleh jayakannya walau sepadat mana pun jadual mereka. Jika anda pernah mendengar selebriti mempunyai konflik jadual, faham-fahamlah masalahnya bukan pada jadual tapi pada konflik,” menurut sumber tersebut.

Olivia merupakan antara selebriti yang menunjukkan sokongan terbuka terhadap FKA Twigs ketika dia memfailkan saman terhadap Shia. Dia memuat naik semula artikel New York Times mengenai tuduhan tersebut ke Instagram Story miliknya diiringi kapsyen “love, respect, and support, @fkatwigs.”

 

Foto: Mike Marsland / WireImage

 

Pautan berkaitan: SHIA LABEOUF DISAMAN BEKAS KEKASIH, DITUDUH MENDERA SECARA SEKSUAL DAN EMOSI

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PANDUAN GAYA BUAT LELAKI ALFA DAN TINGGI BAK NADHIR NASAR DAN BRIGHT VACHIRAWIT

PANDUAN GAYA BUAT LELAKI ALFA DAN TINGGI BAK NADHIR NASAR DAN BRIGHT VACHIRAWIT

Bacaan Lanjut
NAK SEAT TENGAH! INI FILEM PALING ‘HOT’ BULAN OGOS!

NAK SEAT TENGAH! INI FILEM PALING ‘HOT’ BULAN OGOS!

Bacaan Lanjut
Pelakon Wanita Pernah Bergandingan dengan Shukri Yahaya

PELAKON WANITA POPULAR YANG PERNAH BERGANDINGAN DENGAN SYUKRI YAHAYA

Bacaan Lanjut
FILEM UNTUK DITONTONI DI PAWAGAM PADA BULAN JUN 2025

FILEM PATUT TONTON DI PAWAGAM PADA JUN 2025

Bacaan Lanjut
mission impossible the final reckoning

7 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG MISSION: IMPOSSIBLE – THE FINAL RECKONING YANG RAMAI TAK TAHU

Bacaan Lanjut
Syed Abdullah Syed Abdul Rahman

KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL

Bacaan Lanjut