BRAD PITT PILIHAN TOM HOLLAND UNTUK PROJEK FILEM AKAN DATANG
Bintang Spider-Man, Tom Holland merupakan peminat Brad Pitt dan beranggapan pelakon legenda itu adalah pilihan terbaik untuk memegang watak sebagai dirinya dalam projek filem terbaharu, jika idea itu menjadi kenyataan.
“Saya percaya dia akan memainkan peranan tersebut dengan baik sekali. Kami mempunyai jenis tubuh yang sama,” kata Holland menerusi wawancara bersama Headline.
“Dia sedikit tinggi daripada saya, tetapi tak mengapa. Oh ya, saya tidak berjenaka. Brad Pitt sudah berada di kemuncak kerjayanya sebagai bintang filem. Jika anda melihat kerjaya dan hasil usahanya… Maksud saya, dia nombor satu buat saya.”
Kedua-dua pelakon ini mempunyai perbezaan usia sebanyak 33 tahun dan memulakan kerjaya dalam dalam dekad berlainan – Pitt pada 80-an manakala Holland pula pada 2010. Namun, kedua-duanya berjaya mencapai status pelakon A-list.
Pitt mula bergelar pelakon setelah ditawarkan peranan kecil dalam rancangan televisyen dan filem, sebelum memegang watak utama dalan filem popular seperti Interview With the Vampires, Seven dan Fight Club.
Filem Fight Club. Foto: Fox 2000 Pictures
Dia memenangi dua anugerah Oscar dan satu Academy Award pada 2014 untuk 12 Years a Slave, yang diterbitkan oleh syarikat produksinya sendiri, Plan B Entertainment.
Kemenangan Oscar pertamanya adalah pada 2020 untuk watak sampingan sebagai Cliff Booth menerusi filem Once Upon a Time in Hollywood.
Sementara itu, Holland pula merupakan pelajar teater sebelum mencipta nama di Hollywood. Dia membuat kemunculan di layar perak menerusi filem The Impossible pada 2012 di samping nama-nama besar seperti Ewan McGregor dan Naomi Watts.
Perjalanan kerjayanya melonjak naik pada 2016 apabila ditawarkan membintangi watak komik popular, Peter Parker dalam filem Captain America: Civil War terbitan Marvel Cinematic Universe.
Captain America: Civil War. Foto: Disney/Marvel
Tahun yang sama, dia berlakon dalam The Lost City of Z yang diterbitkan oleh Plan B Entertainment milik Pitt.
Sejak itu Holland membintangi lebih banyak filem Marvel iaitu Avengers dan Spider-Man. Malah menurut Insider, sekuel ketiga Sepider-Man kini sedang dalam pembikinan dan bakal ditayangkan pada Disember 2021.
Terbaharu, dia tampil dalam filem Cherry dengan peranan yang lebih berat dan matang sebagai bekas tentera medik yang melakukan rompakan bank untuk menampung kos ketagihannya terhadap sejenis dadah, opioid.
Foto: Jordan Strauss/Invision/AP; Richard Shotwell/Invision/AP
Pautan berkaitan: TOM HOLLAND HILANG BERAT BADAN 14KG UNTUK FILEM TERBARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
HIMPUNAN PENAMPILAN TOM HOLLAND DI PRESS TOUR FILEM ‘THE ODYSSEY’
Gaya segak minimalis Tom Holland bagi tayangan perdana 'The Odyssey' membuktikan satu perkara: era baharu buat pelakon itu sudah bermula.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.











