CHRIS HEMSWORTH TERIMA PENGIKTIRAFAN BINTANG HOLLYWOOD WALK OF FAME
Menjelang tayangan filem terbarunya, Furiosa: A Mad Max Saga, Chris Hemsworth melakar sejarah apabila dikurniakan bintang Hollywood Walk Of Fame.
Aktor asal Australia itu berkongsi momen indahnya bersama ahli keluarga serta rakan artis. Turut hadir memberi sokongan adalah pelakon gandingannya dalam filem Avengers.
Robert Downey Jr. yang menggalas watak Iron Man dijemput menaiki pentas untuk menyampaikan ucapan penghargaannya buat Chris. Tetapi sebelum itu, dia sempat meminta pandangan daripada pasukan adi wiranya mengenai aktor tersebut.
“Saya meminta rakan-rakan Avengers memberi tiga perkataan untuk menggambarkan Chris Hemsworth. Jeremy Renner berkata, ‘Absurdly annoyingly amazing’. Ujar Mark Ruffalo pula, ‘Friend from work’. Scarlett Johansson menggambarkannya sebagai ‘Sensitive leading lady’. Captain America (Chris Evans) pula menggelarnya ‘Second best Chris,’” kata Robert kepada hadirin.
Aktor Oppenheimer itu pula memberi jawapan sentimental buar rakan seindustrinya: “Hollywood star recipient.” Kedua-duanya kemudian berpelukan di atas pentas sambil Chris mengucapkan terima kasih kepada Robert.
Lagi Penerima Bintang Hollywood Walk Of Fame
Chris Hemsworth merupakan salah seorang daripada barisan pelakon, pengarah dan selebriti yang dianugerahkan bintang Hollywood Walk of Fame untuk Kelas 2024.
Seramai 31 selebriti akan dikurniakan bintang sepanjang tahun ini termasuk Julia Roberts, Cindy Crawford, 50 Cents dan Spike Lee. Aktres Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh juga dilaporkan akan menerima pengiktirafan sama.
Perkara itu diumumkan Hollywood Chamber of Commerce yang turut memaklumkan bahawa senarai pendek dinilai daripada ratusan pencalonan yang diterima pada 16 Jun 2023.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: ALZHEIMER: CHRIS HEMSWORTH LUAH HASRAT BEREHAT DARIPADA INDUSTRI HIBURAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 AKTOR POPULAR YANG PERNAH BERNIAT MENINGGALKAN INDUSTRI HOLLYWOOD
Beberapa pelakon Hollywood pernah meluahkan hasrat untuk meninggalkan dunia lakonan. Mujurlah mereka membuat keputusan tepat dan membatalkan niat itu!
EWAN MCGREGOR DIKURNIA BINTANG HOLLYWOOD WALK OF FAME
Kebelakangan ini ramai selebriti dianugerahkan bintang Hollywood Walk of Fame. Selepas Chris Hemsworth, penerima terkini adalah Ewan McGregor.
CHRIS HEMSWORTH PAMER BAKAT BARU DI KONSERT ED SHEERAN
Dari layar perak, bakat Chris Hemsworth kini meluas ke pentas konsert pula!
5 AKTOR HOLLYWOOD TERKENAL YANG PERNAH BERHASRAT UNTUK BERHENTI BERLAKON
Evangeline Lilly baru-baru ini mengumumkan persaraannya dari industri hiburan. Beberapa pelakon lelaki Hollywood juga pernah berniat untuk bersara namun membatalkan hasrat mereka pada saat akhir.
RAHSIA TUBUH MANTAP CHRIS HEMSWORTH
Chris Hemsworth berkongsi tip senaman dan pemakanan yang diamalkannya untuk mendapatkan tubuh idaman ramai.
30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FESTIVAL FILEM CANNES 2024 (SETAKAT INI)
Siapakah selebriti lelaki yang berjaya mencuri perhatian anda ketika berada di Festival Filem Cannes 2024 kali ini?