CIAO, JOE FLIZZOW TRENDING DI TWITTER
Baru beberapa hari melancarkan single baharu, nama penyanyi rap ini kembali hangat di Twitter dan lagunya Ciao menjadi trending.
Ciao yang diterbitkan oleh penyanyi dan komposer, Alyph bersama SonaOne menyaksikan kolaborasi antara Joe Flizzow, MK K-Clique dan penyanyi rap popular Korea Selatan, Jay Park.
Menariknya, kesemua penyanyi membuat rakaman nyanyian secara berasingan iaitu Joe di Semenanjung, MK di Sabah dan Jay Park di luar negara disebabkan pandemik. Walau berjauhan, lagu tersebut siap sepenuhnya dalam hanya beberapa hari.
Dalam pada itu, Joe meluahkan kesyukuran dengan sambutan yang diterima kerana ini membuktikan peminat masih menyokong industri muzik tempatan.
“Saya sangat gembira di Twitter nama saya trending nombor satu, ini menunjukkan bahawa industri muzik tempatan masih meriah dan peminat masih setia memberi sokongan kepada artis-artis tanah air.

Foto: Kosmo
Dia menambah, kolaborasi adalah salah satu cara untuk meletakkan nama Malaysia di persada dunia.
“Saya tidak bermaksud kerjasama antarabangsa adalah satu kemestian, tetapi ia antara jalan untuk meletakkan muzik Malaysia di luar sana.
“Terlalu banyak bakat yang ada dan saya merasakan dunia perlu mula mendengar dengan lebih dekat. Mereka perlu pelajari lebih lagi tentang industri muzik kita,” katanya menerusi sidang media atas talian.
Ciao berjaya membuktikan arena muzik tempatan mampu mencapai standard antarabangsa.
“Kami memberi penekanan pada kualiti. Kami berusaha memberikan yang terbaik dari segi kejuruteraan dan susunan muzik. Ia kualiti antarabangsa.
“Dari segi produksi, walaupun kami tidak mempunyai bajet berjuta ringgit, kami tetap mampu menghasilkan produk berkelas dunia,” katanya.
Ini bukan kali pertama Joe menjalin kerjasama dengan Jay Park. Sebelum ini dia pernah berduet bersama penyanyi Korea ini dalam lagu Twisted Dream untuk album Jay Park berjudul The Road Less Traveled pada 2019 yang turut menampilkan penyanyi rap Amerika, Jay Electronica.
Foto: Prestigeonline
Pautan berkaitan: SETAHUN BEREHAT DARI INDUSTRI MUZIK, ED SHEERAN RAIH RM380 JUTA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TRIVIA: TOO PHAT, PERINTIS INDUSTRI MUZIK HIP-HOP
Too Phat adalah duo hip-hop Malaysia yang terdiri daripada Joe Flizzow dan Malique Ibrahim. Dibentuk pada akhir era 1990-an, mereka menjadi perintis dalam industri muzik hip-hop tempatan dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Joe Flizzow dan Malique pertama kali bertemu dalam kumpulan sembang hip-hop pada tahun 1998. Mereka, bersama Kevin Felix @ Doctah’K, membentuk trio muzik…
5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD
Nabil Ahmad bukan sahaja dikenali sebagai pengacara berbakat dan pelawak versatil, tetapi juga dengan gaya uniknya.
8 FAKTA MENARIK TENTANG HYUNJIN BERSAMA VERSACE
Hyunjin dari Stray Kids terus mencuri perhatian di Milan Fashion Week, terutamanya melalui kerjasama eksklusifnya dengan Versace.
ALIFF AZIZ: SEORANG LELAKI YANG SEMAKIN MATANG
Dari bintang di pentas hiburan hingga menjadi bapa, Aliff Aziz adalah bukti bahawa setiap lelaki boleh berubah kepada lebih baik.
5 DRAMA TERBAIK LAKONAN RAJA ATIQ
GLAM Lelaki senaraikan lima drama terbaik lakonan Raja Atiq yang telah mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai bintang drama Malaysia.
JEFRI NICHOL CIUM MESRA AMEERA KHAN
Pasangan hangat bercinta aktor Jefri Nichol dan Ameera Khan meragut perhatian dengan adegan mesra sehingga mengundang rasa tidak senang.