“GIGIH REBUT PELUANG” – FITRI FAROK
- Cara Gen Zer berbeza daripada mana-mana generasi bila…
Kita tertumpu untuk menunjukkan diri kita yang sebenar. Dalam pada itu membentuk komuniti atau generasiyang lebih inklusif tanpa mengira warna kulit, bangsa, bentuk dan saiz. Generasi ini telah didedahkan dengan keindahan kepelbagaian serta keterangkuman menerusi kempen yang rata-ratanya dipaparkan di segenap platform media sosial.
- Beritahu GL sesuatu yang menarik mengenai Gen Zer?
Umumnya, Gen Zer adalah generasi yang serba digital lagi canggih. Sebahagian besar daripada kita sudah miliki gadget atau apa jua yang terkait dengan dunia serba digital ini sejak kecil. Demikian, Gen Zer mempunyai banyak potensi baharu yang bakal memanfaatkan ekonomi dunia.
- Apakah kriteria yang paling penting buat pemuda Gen Zer?
For me, ‘manners maketh man’ yang mementingkan kesopanan, budi pekerti dan ketertiban seorang pemuda sejati. Lelaki masa kini kurang kriteria ini hanya kerana stereotaip ‘bad boys’ yang berselubung menjadi kegilaan gadis-gadis hari ini. Hakikatnya adab atau kesopanan ini terjejas lalu mengikis kualiti pemuda hari ini.
- Bagaimana pula gadis-gadis Gen zer?
Same goes for women as politeness is number one. Beradab dengan orang tua, juga bijak menjaga keperibadian. Ini termasuk tatasusila percakapan dan pemakaian kerana nilai seorang wanita diletakkan begitu tinggi sehingga mereka harus menunjukkan contoh yang baik pada tiap masa.
- Teknologi yang paling membantu juga menjengkelkan buat Fitri?
Paling membantu: Pembayaran tanpa tunai dan kod QR. Sangat mudah untuk membuat pembayaran walaupun anda terlupa membawa wang tunai.
Paling menjengkelkan: laman sesawang perlahan langsung mengambil masa yang lama untuk dimuatkan dan butang perisian yang tidak berfungsi.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ADAM AZMAN, MODEL GENERASI BAHARU BERCITA-CITA TINGGI
Adam Azman, nama baharu yang mula melibatkan diri dalam dunia peragaan tempatan. GLAM Lelaki bertanya beberapa soalan tentangnya.
“LELAKI ITU SEKSI APABILA HE KNOWS TO TREAT A WOMAN RIGHT.” – TISYA ONG #GLWANITAIDAMAN
GL Wanita Idaman pilihan GLAM Lelaki kali ini menampilkan pelakon dan model, Tisya Ong yang berkongsi tentang durian, lelaki idaman dan motorsports.
SIAPA TAYLOR RUSSELL? INI FAKTA MENARIK TENTANG KEKASIH BAHARU HARRY STYLES
Selepas berpisah dengan Olivia Wilde dan digosip bercinta dengan Emily Ratajkowski, Harry Styles kini menjalin hubungan dengan jelitawan Taylor Russell.
SEGALANYA MENGENAI MAJLIS PERKAHWINAN INTIM DYLAN SPROUSE & BARBARA PALVIN
Lima tahun menyulam cinta, aktor dan model ini akhirnya disatukan sebagai suami isteri pada 15 Julai lalu.
VA VA VOOM ATHINA! ATHINA KAMARUDIN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL
Athina Kamarudin, satu lagi wanita yang menjadi our newest crush! Athina bercerita tentang cinta, body positivity dan lelaki!
OH LA LA NIA ATASHA! NIA ATASHA IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL
Istimewa bulan ini, GLAM Lelaki bawakan tema ‘Women’s Issue’-menampilkan our girl crush, Nia Atasha. Jom kenali wanita seksi ini!