Skip to content

GL APRIL:MEI 2022, ISMAIL IZZANI, CERTIFIED LOVER BOY 01

GL APRIL: ISMAIL IZZANI, CERTIFIED LOVER BOY

Kongsikan artikel ini
2 of 2
GL APRIL:MEI 2022, ISMAIL IZZANI, CERTIFIED LOVER BOY 04

Baju kait, seluar pendek skater denim, topi & jaket denim (diletak atas bangku) Coach.

Jika boleh teleport-kan diri, dimanakah lokasi anda saat ini?

Saya di Bali, mendakap khazanah alam semulajadi indahnya juga selesa berlibur melihatkan komuniti yang memegang erat adat serta budayanya.

Perkara yang disukai dalam menjadi anak seni dan apa pula perkara yang dibenci?

Saya suka menghiburkan orang dengan menyanyi atau menari sejak dari kecil. Melayani kesunyian mak tok atau ibu bila kakak melanjutkan pengajian di kolej, sudah menjadi agenda harian di rumah. Melihatkan mereka tersenyum atau sesiapa saja yang senang atau puas dengan persembahan saya, mendorong kelaparan saya untuk terus menjadi penghibur. Namun, apa yang mengecewakan saya bila menjadi penghibur adalah bila orang melihat satu perkara buruk daripada 9 perkara baik yang anda telah lakukan. Seperkara lagi, bila anda perlu menyembunyikan emosi setiap kali sebelum, semasa atau selepas membuat persembahan. Di atas pentas anda tidak boleh menunjukkan atau membiaskan rasa negatif, tugas anda sebaliknya hanya satu untuk menghiburkan mereka. Itu adalah antara cabarannya dalam menjadi anak seni. Kematangan bakal mengajar kita.

 

Satu perkara yang ingin diubah sebagai penghibur?

Sekiranya berpeluang untuk mengubah sesuatu perkara; saya mahu pendengar muzik tempatan untuk menerima dan terbuka untuk melayani lebih banyak genre. Saya akui dan faham mengapa kita akan sering berpatah kembali menuruti rentak Balada atau mengagumi penyanyi bersuara emas. Tapi sampai bila? Sudahnya ia hanya memperlihatkan status pengkarya tempatan atau lapangan muzik yang tidak berkembang atau tidak punya variasi.

Describe your music…

Ia berwarna-warni dengan mainan emosi. Ada lagu yang sedih bila didengarkan tapi sebaliknya lagu itu membahagiakan. Menerusi album terbaru ini, dari trek pertama sehingga ke-10, saya kira nuansanya lebih meluas. Begitu juga dengan mood terbias berlainan kerana ia mengimbangi nada Pop yang penuh variasi. Sejujurnya saya kesal kerana hanya berpeluang untuk mengeluarkan album sulung setelah empat tahun bertapak dalam industri ini. Jika mengikuti kehendak hati, saya mahu keluarkan album pada tahun kedua saya bergelar penyanyi. Namun, cita-cita itu tidak berkesampaian kerana saya percaya Tuhan mahu saya mendalami lebih banyak ilmu untuk mempertaruhkan himpunan lagu yang lebih berkualiti. Untuk beluncas beralih menjadi rama-rama memerlukan masa. Album ini menggambarkan situasi itu dan saya ingin memberitahu kepada peminat atau manusia umumnya; anda adalah versi diri yang terindah untuk anda melangkahi batas halangan kehidupan.

Mencipta lagu untuk diri sendiri atau untuk peminat?

I would have to say that I hold onto mine. Saya berkarya untuk diri saya sendiri kerana ia juga penting sebagai pengkarya muzik untuk tahu apa yang mereka mahukan. Ia tidak tertakluk semata buat yang mendengar. Anda perlu ingat, once you put out a song, you have to live with that your entire life. Demikian, saya tidak mahu melakukan kesilapan dalam bergesa mahupun mengikuti trend semasa. Saya sentiasa mengikut kata hati dan diri saya. Trend adalah trend, reaksi menghadirkan bilangan digit. Apa yang saya mahukan adalah sokongan yang organik. The freshness, and the truth that’s it.

GL APRIL:MEI 2022, ISMAIL IZZANI, CERTIFIED LOVER BOY 03

Ismail menyarungkan kemeja denim signature Coach musim bunga/panas 2022.

Baca lanjut dalam GLAM April 2022.

2 of 2

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI

Bacaan Lanjut
SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA COACH 2025

SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA 2025 COACH

Bacaan Lanjut
Coach Ipoh

COACH PLAY IPOH KINI DIBUKA

Bacaan Lanjut

COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

Bacaan Lanjut
coach Malaysia

COACH ‘WEAR YOUR SHINE’ BERSAMA DOVE CAMERON, LIL BUCK, KEMIO, LEE YOUNG-JI & SONG YANFEI

Bacaan Lanjut

COACH RUJUK STAIL KEINDIVIDUAN LIL NAS X

Bacaan Lanjut