GL OGOS 2022: HENLEY HII, ALWAYS CAMERA-READY!
Apakah pembelian terbaik/terburuk yang pernah anda buat?
Pembelian terbaik saat ini adalah kasut khusus untuk Crossfit dan saya tidak tahu akan kewujudannya sehingga baru-baru ini. Pembelian terburuk pastinya pembelian t-shirt dalam talian kerana setiap saiznya sering berubah-rubah walaupun beli saiz yang sama.
Rejim penjagaan kulit harian Henley?
Saya hanya memakai pembersih muka, kemudian pelembap, serum dan krim mata. Itu rutin harian sebelum berumah tangga, kini setelah berpunya isteri, saya disuruh untuk memakai krim pelindung matahari setiap hari. Saya perlu mengatakan saya tidak menyukainya kerana ia menjadikan muka saya berminyak. Walaubagaimana pun saya tidak boleh lari darinya kerana ia adalah produk asas dalam menjaga wajah.
Bagaimana pula rutin senaman mingguan Henley?
Kini saya obses dengan Crossfit dan sudah bulan keempat saya mengikuti rutin senamannya. Sebelum ini mencuba pelbagai banyak senaman seperti mendaki, normal gim, berbasikal. Jika anda bertanya kepada saya, Crossfit setakat ini adalah yang paling berkesan. Crossfit di pagi hari dan weight training di petang hari. Sekurang-kurangnya 3 hari dalam seminggu dua sesi sehari, sekiranya punya masa terluang.
Bersempena Hari Kebangsaan ke-65, betapa pentingnya kebebasan buat anda?
Ia sangat penting, kerana tanpa kebebasan bersuara banyak perkara tidak boleh terlaksana tanpa seseorang individu itu rasa bersalah. Mungkin anda akan melakukannya sesuatu tanpa rela, secara paksaan dan tidak ikhlas dengannya. Rakyatnya kini lebih ekspresif dan bersifat terbuka, cumanya jangan lah kita bertindak di luar batasan dalam apa jua situasi.
Pautan Berkenaan: GL JULAI 2022: DR SAY SHAZRIL, HOT DAD DOCTOR ALERT!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PEAK FITNESS MEMBAWA KECERGASAN BERTARAF DUNIA DI TRX
Peak Fitness, peneraju pantas dalam sektor kesihatan dan kecergasan kini melancarkan outlet utama mereka di Exchange 106, TRX, Kuala Lumpur.
5 FILEM PATRIOTIK MALAYSIA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN
Demi menyambut Kemerdekaan tahun ini, filem-filem patriotik boleh menjadi salah satu aspek menunjukkan semangat sebagai rakyat Malaysia.
BENTUK OTOT DALAM 30 HARI
Latihan ekstrem seperti rutin Crossfit mengetatkan dan menguatkan otot untuk memberi pembentukan otot dengan lebih pantas. Anda harus cuba!
5 SENAMAN KAKI YANG PATUT ANDA LAKUKAN DI GYM
Ia tidak selalunya menyeronokkan tetapi quote terkenal kata, anda tidak boleh sekali-kali skip rutin senaman kaki. Lagipun, kaki anda merupakan separuh badan anda dan senaman kaki yang betul boleh menyumbang penampilan lebih terbentuk.
5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI
Adakah anda sedang mencari idea fesyen baru? Ketahu lima produk fesyen menarik untuk dimiliki. #GLAMLelaki approved.
KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?
Tommy Hilfiger menyambut 100 tahun Disney dengan melancarkan koleksi kolaborasi Disney x Tommy. Semak item yang menarik dari koleksi ini.