DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG
Nampaknya persahabatan David Beckham dan Mark Wahlberg yang terjalin sejak 15 tahun lalu telah menemui titik noktah.
Syarikat milik David, DB Ventured Ltd mendakwa bintang bola sepak itu ditipu untuk bekerjasama dengan pusat kecergasan Australia, F45 yang sebahagiannya milik Mark. Justeru David menyaman syarikat pelakon itu, Mark Wahlberg Investment Group termasuk pengasas F45, Adam Gilchrist dan Rob Deutsch.
Kedua-dua bintang terkenal itu menjalin persahabatan sejak David membawa keluarganya berpindah ke Los Angeles pada 2007. Mereka sekeluarga tinggal di kawasan kejiranan sama dengan Mark di Beverly Hills.
Pada 2020, suami kepada Victoria Beckham itu bersetuju menjadi duta global F45 selepas diperkenalkan oleh Mark. Aktor berusia 52 tahun itu memiliki saham minoriti selepas meraihnya menerusi pelaburan syarikatnya pada 2019.
David Beckham Jalankan Tanggungjawab Sebagai Duta
Bekas pemain Real Madrid itu muncul dalam kempen publisiti F45 dan berkongsi beberapa rejim senamannya di gim bersama jutaan pengikut Instagramnya. Dia turut mempromosi pusat kecergasan itu dalam satu temu bual pada 2021.
“Sejak bersara daripada bola sepak, inilah saatnya di mana saya berasa paling cergas dan sihat. Semua itu saya perolehi melalui F45. Kerjasama ini adalah usaha niaga yang mengujakan untuk saya juga, dan saya tidak sabar untuk berkembang bersama F45 di peringkat global,” katanya mengenai peranannya sebagai duta.
Peguam David mendakwa anak guamnya kerugian lebih RM50 juta dalam bentuk keuntungan apabila saham yang dijanjikan kepadanya ditahan sehingga selepas harganya menjunam. Sebagai tindak balas, Mark mendakwa segala tuduhan itu tidak berasas dan meminta hakim untuk menolak tuntutan saman yang difailkan.
Foto: The Today Show
Pautan berkaitan: PUTERA HARRY TERKAIT DALAM SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KETAHUI FAKTA 3 ANAK LELAKI DAVID & VICTORIA BECKHAM
Selami fakta menarik dan sisi jarang didedahkan tentang tiga putera anak kepada pasangan sensasi, David & Victoria Beckham.
MENCARI SUT BAHARU? PERGI KE BOSS, SACOOR BROTHERS, MASSIMO DUTTI DAN BANYAK LAGI
Sut adalah refleksi keyakinan dan kematangan gaya lelaki. Terokai jenama sut antarabangsa yang menjadi rujukan utama dunia fesyen lelaki moden
MANCHESTER UNITED 2025: ERA BAHARU RED DEVILS
Buat para penyokong setia Old Trafford, Manchester United musim baharu membawa gelombang harapan tetapi 2025 terasa berbeza yakni lebih membara.
DAVID BECKHAM REDEFINES ERTI LELAKI SEJATI DENGAN BOSS
Mula dengan Jeremy Allen White untuk kempen Calvin Klein, disusuli oleh Taylor Zakhar Perez buat Lacoste. Kini, David Beckham dengan BOSS!
TUDOR LANCAR SIRI BLACK BAY CHRONO ‘FLAMINGO BLUE’
Bintang Dunia, David Beckham telah dilihat di laman rasmi Instagram Tudor mengayakan koleksi terbaru sehari sebelumnya dan disusuli Jay Chou.
ALL EYES ON ROMEO BECKHAM PLEASE!
Anak teruna pasangan sensasi dunia, David Beckham dan Victoria Beckham mencuri perhatian radar rumah fesyen global.











