JUSTIN BIEBER DEDAH HIDAP LYME DISEASE AKIBAT DEPRESI
Penyanyi cilik yang dahulunya popular dengan lagu Baby, Justin Bieber kini dilihat sudah matang dalam mengharungi kehidupannya. Selepas berkahwin dengan Hailey Baldwin, Justin dilihat dewasa seiring dengan usianya yang semakin meningkat. Namun, tidak semuanya indah buat Justin. Penyanyi berusia 25 tahun yang baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul Yummy mendedahkan dirinya kini menghidapi satu penyakit yang boleh dikatakan kritikal.

Foto: Instagram @justinbieber
Justin Bieber mendedahkan dirinya disahkan menghidap penyakit Lyme. Apatah lagi dirinya mengakui sangat sedih sehingga mengalami depresi apabila menerima kecaman yang dilemparkan terhadapnya ketika dia sedang bertarung dengan penyakit itu.
Jelas Justin, “Apabila terlalu ramai yang memberi komen kehidupan saya semakin tidak tentu arah, saya kelihatan tidak terurus seperti seorang penagih dadah, tanpa mereka sedari saya sebenarnya telah lama didiagnos menghidap penyakit Lyme, malah memberi kesan kepada kulit, tenaga dan kesihatan saya.”
Bieber memaklumkan mengenai berita sedih itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Justin turut akan berkongsi perjuangannya melawan penyakit yang tidak mempunyai penawar itu menerusi sebuah dokumentari yang akan dimuat naik ke laman YouTube, pada 27 Januari nanti. Sama-sama kita nantikan.
Sedikit fakta tentang penyakit Lyme yang perlu anda tahu:
- National Institute of Neurological Disorders and Stroke (NINDS) menyatakan penyakit ini adalah disebabkan oleh gigitan kutu (black legged) yang dijangkiti bakteria borrelia burgdorferi.
- Berdasarkan laman sesawang Very Well Health, penyakit Lyme terdiri dari tiga tahap, iaitu:- Tahap 1: penyakit Lyme lokal, jangkitan terjadi pada satu-satu kawasan tubuh.- Tahap 2: penyakit Lyme awal, bakteria mulai tersebar ke kawasan tubuh yang lain dan tertentu.- Tahap 3: penyakit Lyme akhir, bakteria menyebar ke seluruh tubuh.
- Kaedah perubatan terbaik untuk penyakit Lyme adalah meneursi pencegahan, iaitu dengan mengamalkan kewaspadaan ketika berjalan di hutan, hindari kawasan yang lebat dan berumput.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.











