Skip to content

DEVANO DANENDRA, BINTANG MUDA INDONESIA YANG SEMAKIN HANGAT

DEVANO DANENDRA, BINTANG MUDA INDONESIA YANG SEMAKIN HANGAT

Kongsikan artikel ini

Indonesia kini diserikan dengan kehadiran bintang muda yang amat berbakat dalam dunia lakonan dan nyanyian, Devano Danendra.

Devano Danendra, yang dilahirkan di Indramayu pada 23 September 2002 merupakan antara bakat muda Indonesia yang semakin mencuri perhatian dalam industri hiburan. Pada usia 23 tahun, Devano telah membuktikan dirinya sebagai seorang penyanyi dan pelakon yang versatil. Dia juga dikenali sebagai anak lelaki kepada penyanyi dangdut dan pelakon terkenal Indonesia, Iis Dahlia.

Devano memulakan langkah awal dalam dunia seni pada tahun 2017. Namanya mula dikenali apabila dia melancarkan single sulung berjudul Always in Love With You bersama kakaknya, Salshadilla Juwita. Kakaknya turut bergiat aktif sebagai penyanyi. Lagu tersebut menjadi titik permulaan penting dalam kerjaya muzik Devano.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @iamdevano

Setahun kemudian, Devano tampil dengan single solo pertamanya, Menyimpan Rasa. Ini sekali gus memperkenalkan identiti muziknya sendiri kepada pendengar. Pada tahun yang sama, dia meneruskan momentum dengan single kedua berjudul Ini Aku, yang kemudiannya dipilih sebagai lagu tema asal bagi filem Dear Nathan: Hello Salma. Lagu tersebut berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai penyanyi muda yang berbakat.

Baca: FILEM PANGKU, LAKONAN CLARESTA TAUFAN, FEDI NURIL & ARAHAN REZA RAHADIAN

Meneroka Dunia Lakonan

Selain nyanyian, Devano turut mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Debut lakonannya bermula pada tahun 2018 apabila beliau membawakan watak Ridho dalam filem Dear Nathan: Hello Salma, sekuel kepada filem popular Dear Nathan. Penampilannya dalam filem tersebut menerima perhatian ramai dan membuka lebih banyak peluang lakonan buatnya. Selepas mengambil tempoh rehat selama hampir dua tahun, Devano kembali aktif dalam dunia lakonan pada 2021. Devano turut tampil dalam siri web pertamanya berjudul Teluk Alaska, dengan memegang watak Alister. Watak tersebut menandakan fasa baharu dalam kerjaya lakonannya dan membuktikan kematangannya sebagai seorang pelakon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Antara filem terbaru yang dilakonkan oleh Devano Danendra ialah Pangku, yang diarahkan oleh Reza Rahadian. Ia turut dilakonkan oleh barisan pelakon Indonesia yang hebat seperti Claresta Taufan, Fedi Nuril dan Christine Hakim. Pangku menerima kejayaan yang tinggi dan penganugerahan dari Busan International Film Festival dan Indonesia Filem Festival.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @iamdevano

Dengan bakat, disiplin dan sokongan peminat yang semakin bertambah, Devano Danendra terus melangkah yakin sebagai bintang muda Indonesia yang kian bersinar dan relevan dalam industri hiburan masa kini.

Pautan berkaitan: TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI PALING FIT 2025

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

gabriel prince indonesia

6 PERKARA TENTANG INFLUENCER DARI JAKARTA, INDONESIA, GABRIEL PRINCE

Bacaan Lanjut

“PRIVACY IS A LUXURY” – REZA RAHADIAN

Bacaan Lanjut
LIMA KARAKTER FILEM IKONIK LAKONAN REZA RAHADIAN

LIMA KARAKTER FILEM IKONIK LAKONAN REZA RAHADIAN

Bacaan Lanjut
5 FILEM TERBAIK ARIO BAYU, AKTOR BERKARISMA DALAM SIRI GADIS KRETEK

5 FILEM TERBAIK ARIO BAYU, AKTOR BERKARISMA DALAM SIRI GADIS KRETEK

Bacaan Lanjut
Arya Saloka

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG PELAKON ‘GADIS KRETEK’, ARYA SALOKA

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN AKTRES GADIS KRETEK, DIAN SASTROWARDOYO

5 FILEM HEBAT LAKONAN AKTRES GADIS KRETEK, DIAN SASTROWARDOYO

Bacaan Lanjut